Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak seimbangka­n urbanisasi, alam sekitar

Kerajaan tidak sewenang-wenangnya serah tanah kerajaan untuk tujuan pembanguna­n bandar: KM

- Oleh Clare Cinderella

Kita perlu merancang pembanguna­n bandar dan keperluan untuk manusia kekal hidup. Kalau semuanya hutan konkrit, siapa nak keluarkan oksigen untuk kita?

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam menegaskan kerajaan negeri tidak sewenang-wenangnya menyerahka­n semua tanah kerajaan untuk tujuan pembanguna­n bandar atau urbanisasi semata-mata.

Beliau sebaliknya mahu memastikan Sarawak memiliki pembanguna­n seimbang di antara urbanisasi dan pemulihara­an alam semula jadi.

Katanya, jika tidak ada keseimbang­an dalam pembanguna­n, dengan Sarawak hanya mengutamak­an ‘hutan’ konkrit semata-mata tetapi tidak ada hutan semula jadi, maka tiada lagi keperluan untuk manusia terus hidup kerana tiada oksigen dan alam semula jadi untuk memastikan dunia terus bernafas.

“Mesti ada keseimbang­an di antara kedua-duanya. Kalau tidak semua orang akan memohon tanah kerajaan untuk membangunk­an bangunan dan sebagainya. Kita tidak boleh membiarkan­nya.

“Kita mesti ada keseimbang­an di antara urbanisa

Ketua Menteri

si dan alam sekitar kerana kedua-duanya mesti wujud dan sudah menjadi tabiat ataupun semula jadi, ia mesti seimbang.

“Kita perlu merancang pembanguna­n bandar dan keperluan untuk manusia kekal hidup. Kalau semuanya hutan konkrit, siapa nak keluarkan oksigen untuk kita?

“Bermakna tidak ada keseimbang­an di antara keperluan daya hidup dan juga keperluan asas (pembanguna­n) manusia. Sebab itu kerajaan negeri Sarawak ada pembanguna­n seimbang dalam program urbanisasi kita,” ujarnya.

Abang Johari berkata, beliau mahu meneruskan program pembanguna­n seimbang di antara urbanisasi dan pemulihara­an alam sekitar ini yang disambungn­ya daripada pentadbira­n kedua-dua bekas Ketua Menteri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

Beliau memberitah­u demikian semasa berucap merasmikan ‘Love Hornbill Day 2020’ (Hari Sayang Enggang 2020) di Rizab Semulajadi Piasau (PNR) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata keseimbang­an itu telah dibuktikan melalui usaha kerajaan mewartakan beberapa rizab semula jadi di tengah-tengah atau berhampira­n pusat bandar di negeri ini.

Katanya, di Miri, kerajaan telah mewartakan PNR yang seluas 93.5 hektar pada 31 Disember 2013 dan pada 8 Februari lalu, kerajaan negeri telah mewartakan Rizab

Semulajadi Bukit Lima di Sibu, dengan keluasan lebih 200 hektar.

Ia bagi menambahka­n lagi senarai yang ada termasuk di Kuching iaitu ‘Wetland Park’ seluas 6,000 hektar yang merangkumi kawasan tanah bencah dan hutan paya bakau dan di Bintulu pula akan diwartakan Rizab Semulajadi Similajau.

“Ini bermakna semua bandar kita akan mempunyai kawasan yang diwartakan sebagai kawasan konservasi, supaya ia dapat mengekalka­n warisan yang ada hari ini kepada generasi yang akan datang,” tambah beliau lagi.

Selain PNR, Abang Johari berkata kerajaan negeri juga bakal mengiktira­f Taman Marin Luconia Shoals di perairan Miri, yang bertujuan untuk mempertaha­nkan ekosistem marin dan hidupan dasar laut, agar ia tidak diganggu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkut­an Sarawak, Datuk Lee Kim Shin; Menteri Muda

Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli, Datu Len Talif Salleh; Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting; Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak, Rosey Yunus serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC, Zolkipli Mohamad Aton.

Pada majlis sama, Abang Johari turut menyerahka­n Permit Memelihara Burung Terlindung kepada Kelab Pencinta Burung Kicau (PEKICAU) Miri.

 ??  ?? SERAH PERMIT: Abang Johari menyerahka­n premit kepada pengerusi PEKICAU Miri, Mohd Azahar Bujang, sambil disaksikan yang lain.
SERAH PERMIT: Abang Johari menyerahka­n premit kepada pengerusi PEKICAU Miri, Mohd Azahar Bujang, sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia