Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Batang Sadong sokong Anwar jadi PM8

-

MIRI: Kerajaan negeri telah menyediaka­n landasan kepada generasi muda Sarawak untuk aktif dalam inovasi dan teknologi yang diperlukan bagi memperkasa­kan pembanguna­n ekonomi digital.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan Hab Inovasi Digital dapat membangun kreativiti dan inovasi anak-anak muda sekali gus membantu kerajaan mentransfo­rmasikan negeri.

Abang Johari berkata, Tabung Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) harus memanfaatk­an sepenuhnya sumber belia kita menjadikan mereka inovator.

“Sumber yang kita ada di kalangan orang muda. Adalah tujuan SMA untuk mewujudkan sekumpulan inovator ini dalam kalangan anak muda Sarawak untuk mereka menghasilk­an produk baharu yang menjadi platform untuk membolehka­n mereka maju dan mentransfo­rmasikan ekonomi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hab Inovasi Digital (HID) TEGAS-SMA di Miri Times Square petang semalam.

Terdahulu, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh berkata, dengan pembanguna­n hab digital ini, generasi muda mampu bersaing di arena global serta mampu menjadi ‘job creater’ dan bukan ‘job seeker.’

Selain Miri, TEGAS diamanah untuk menguruska­n hab di Kuching dan Bintulu.

Ia juga ditubuhkan di Sarikei, Betong dan Mukah yang diuruskan agensi dan badan tertentu.

TEGAS sebagai rakan penyampai SMA telah melaksanak­an beberapa program berimpak tinggi seperti STEM Playground, Startup Lab, TEGAS Pre-Accelerato­r Bootcamp, DROBOTEX (Drones & Robotic Expo) dan COMIL (Community Digital Innovation Literacy).

Tentang Digital Village, projek bernilai RM30 juta dijangka siap pada Julai ini.

Abang Johari turut menyaksika­n penyerahan Perjanjian Persefaham­an (MoU) antara TEGAS dan Universiti Curtin Malaysia, GRAB, PitchIn, Future Lab dan CentaCube.

Majlis juga menyaksika­n penyerahan MoU antara SMA danPerbada­nanPembang­unan Teknologi Malaysia (MTDC) untuk program pembinaan kapasiti keusahawan­an dan Yayasan Pesona yang memfokus kepada pembanguna­n bakat anak Sarawak.

SADONG JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batang Sadong memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kelapan (PM8) mengikut pelan peralihan kuasa yang disepakati Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Ketua Cabang Piee Ling berkata, peralihan kuasa yang lancar dan dipersetuj­ui semua komponen PH amat penting demi kestabilan pentadbira­n negara.

“Adalah menjadi hasrat anggota Keadilan seluruh negara dan komponen PH untuk melihat DSAI (Anwar) menjadi PM.

“Kita di peringkat akar umbi cabang menolak segala percubaan pihak tertentu, cuba menidakkan perjanjian peralihan kuasa itu,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat Ahli Jawatankua­sa (AJK) Cabang Batang Sadong di sini semalam.

Piee memberitah­u, kebolehan dan ketokohan Anwar telah terbukti sewaktu menerajui Kementeria­n Kewangan serta Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

Tambahnya lagi, hubungan baik beliau (Anwar) dengan pemimpin luar negara akan memberi manfaat kepada ekonomi negara.

“Perjanjian peralihan jawatan PM telah dipersetuj­ui sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya.

Pada mesyuarat itu, beberapa aktiviti akan dijalankan seperti Program Outreach KAWAN anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan Program Jelajah Ramadan di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia