Utusan Borneo (Sarawak)

Anak muda Sarawak diajak santuni kanak-kanak kurang bernasib baik

-

KUCHING: Golongan anak muda Sarawak diajak untuk bersama-sama mewarnai kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negeri ini.

Perkara itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang memberitah­u, ini penting dalam usaha mewujudkan masyarakat yang penyayang antara satu sama lain tanpa ada perbezaan untuk bersama-sama merasai keceriaan dalam hidup.

“Terdapat mereka yang lahir dalam keluarga yang sempurna dan ceria namun ada yang dilahirkan dalam keluarga yang kurang bernasib baik dan serba kekurangan.

“Jadi inilah yang perlu kita lakukan supaya kita dapat mewarnai hidup mereka ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Konsert Antarabang­sa ‘Paint The World 2020’ yang dihadiri lebih 700 orang di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini, semalam.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan menyokong penganjura­n program seumpama itu di negeri ini dalam memastikan golongan kurang bernasib baik dapat menikmati keceriaan bersama.

Tambah beliau, naluri seperti ini perlu ada pada setiap anak Sarawak untuk berkongsi keceriaan dalam mewarnai hidup golongan kurang bernasib baik di negeri ini.

“Saya mengalu-alukan apa yang dilakukan ‘Paint The World’ yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menganjurk­an konsert ini bagi membawa keceriaan dan mewarnai kanak-kanak dari golongan kurang bernasib baik di sini.

“Saya percaya apa yang dilakukan adik-adik semua (‘Paint The World’) akan mendapat keberkatan, tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan konsert ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengasas ‘Paint the World’ Malaysia Aziza Aznizan yang merupakan anak jati Sarawak berkata, tujuan konsert itu bagi membangkit­kan kesedaran dalam kalangan belia kurang bernasib baik bahawa mereka juga boleh berjaya.

Jelasnya, seramai 300 kanakkanak dan belia kurang bernasib baik dijemput hadir bagi menyaksika­n konsert itu.

Pengasas ‘Paint The World’ Ika Torikashvi­li turut mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Sarawak yang memberi sokongan dalam menjayakan konsert itu di negeri ini.

 ??  ?? APA KHABAR?: Abdul Karim bersalaman dengan anak muda yang menghadiri Konsert Antarabang­sa ‘Paint The World’ semalam.
APA KHABAR?: Abdul Karim bersalaman dengan anak muda yang menghadiri Konsert Antarabang­sa ‘Paint The World’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia