Utusan Borneo (Sarawak)

Fasa pertama pembinaan 50 unit RSP di Bau dilancarka­n

Inisiatif Ketua Menter bertujuan membantu golongan berpendapa­tan rendah, lebih ramai rakyat memiliki rumah

- Oleh Agnes Tugong

BAU: Fasa pertama Projek Rumah Spektra Permata (RSP) melibatkan pembinaan 50 unit kediaman di Sibuluh di sini dilancarka­n semalam.

Majlis pelancaran­nya disempurna­kan oleh Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee di Dataran Bau.

Dalam ucapannya, Dr Annuar berkata projek RSP merupakan inisiatif Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Tujuannya adalah untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah dan membolehka­n lebih ramai rakyat memiliki rumah.

“Ketua Menteri pada Januari 2019 mengumumka­n kerajaan negeri akan membina 2,500 unit RSP dalam masa dua tahun termasuk 164 unit di Bau.

“Sekarang, kita dalam proses membina 1,383 unit

Sekarang, kita dalam proses membina 1,383 unit dan untuk Bau, sebanyak 50 unit akan dibina bagi fasa pertama daripada 164 unit yang diperuntuk­an untuk Bau.

Dr Annuar Rapa’ee

dan untuk Bau, sebanyak 50 unit akan dibina bagi fasa pertama daripada 164 unit yang diperuntuk­an untuk Bau,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai

Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perumahan Sarawak (HDC) Mohamad Asman Ahmad berkata, unit RSP tersebut adalah jenis setingkat dengan keluasan 750 kaki persegi.

Rumah berkenaan memiliki tiga bilik tidur dengan dua bilik air dan satu ruang makan yang dijual pada harga RM120,000 seunit ke bawah.

Dari segi kelayakan pemohon katanya, rumah tersebut adalah untuk isi rumah berpendapa­tan di bawah RM6,000 sebulan dan tidak

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam

memiliki mana-mana hartanah atas nama pemohon.

Dari segi pinjaman pula katanya, pemohon yang layak boleh mendapatka­n pembiayaan daripada Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd.

Sementara itu, antara projek RSP yang sudah siap ialah projek di Bunga Rampai di kawasan Bau.

Projek itu melibatkan pembinaan 122 unit rumah dan telah siap pada 14 Oktober 2019 dengan keseluruha­n kos

RM21,990,098.77.

Untuk RSP Lundu pula, ia melibatkan 26 unit rumah dan dijangka siap pada 15 Mac 2020 dengan kos bernilai RM4,198,062.57.

Sementarai­tu,RSPSematan yang melibatkan pembinaan 25 unit rumah dijangka siap pada 15 Julai 2020 dengan kos RM3,986,361.05.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep serta Pegawai Daerah Bau Anielia Siam.

 ??  ?? LANCAR: Dr Annuar (kiri) selesai melancarka­n Projek Rumah Spektra Permata di Bau semalam. Turut kelihatan Henry (dua kiri).
LANCAR: Dr Annuar (kiri) selesai melancarka­n Projek Rumah Spektra Permata di Bau semalam. Turut kelihatan Henry (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia