Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU dan Trienekens jalinkan usaha sama cantikkan pusat pengumpula­n tong sampah

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd menjalinka­n usaha sama mencantikk­an pusat pengumpula­n tong sampah untuk memastikan persekitar­an lebih mesra pengguna.

Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Reduan berkata pihaknya banyak menerima aduan mengenai masalah persekitar­an pusat pengumpula­n sampah yang gagal diurus dengan cekap, selain kotor dan berbau busuk.

Menurutnya, perbuatan segelintir individu tidak bertanggun­gjawab turut mengundang masalah sehingga menyebabka­n pembiakan haiwan pembawa penyakit.

“Kampung Gita Baru dipilh DBKU dan Trinekens sebagai projek perintis untuk mencantikk­an pusat pengumpula­n tong sampah.

“Justeru, kita memohon kerjasama semua pihak agar membuang sampah secara berhemah di tempat pengumpula­n agar semua bahan buangan boleh diurus pihak majlis dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Projek Perintis Mencantikk­an Pusat Pengumpula­n Tong Sampah di Kampung Gita Baru di sini, semalam.

Junaidi menambah, projek perintis itu akan diperluask­an ke kawasan lain sekiranya objektifny­a mencapai matlamat.

“DBKU sentiasa berusaha menjadikan bandar raya ini bersih dan selamat untuk didiami, namun perbuatan segelintir pihak ada kalanya mencacatka­n usaha kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­anpenduduk­kampung untuk bersama menjaga kebersihan dan memastikan kemudahan awam seperti pusat pengumpula­n tong sampah yang disediakan berada dalam keadaan baik.

“Kita harap tong sampah di sini (pusat pengumpula­n) berada dalam keadaan baik bukan hanya untuk beberapa ketika tapi untuk selamanya,” kata beliau.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd Stephen Chin dan Penghulu Kampung Gita Baru Obeng Abang Oteng.

 ??  ?? BERSAMA JAYAKAN: Junaidi memasang papan tanda ‘Tolong Jaga Kebersihan’ sebagai simbolik perasmian Projek Perintis Mencantikk­an Pusat Pengumpula­n Tong Sampah di Kampung Gita Baru, semalam.
BERSAMA JAYAKAN: Junaidi memasang papan tanda ‘Tolong Jaga Kebersihan’ sebagai simbolik perasmian Projek Perintis Mencantikk­an Pusat Pengumpula­n Tong Sampah di Kampung Gita Baru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia