Utusan Borneo (Sarawak)

PERKIM Limbang tingkat kesedaran wanita Islam dalam pembahagia­n harta

-

LIMBANG: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Limbang terus berperanan meningkatk­an kesedaran dalam kalangan wanita Islam khusus dalam aspek pembahagia­n harta emas yang sering menjadi perbalahan dalam keluarga.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata Seminar Wanita dan Keluarga anjuran PERKIM dan Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam Daerah (JTPID) merupakan inisiatif berterusan untuk meningkatk­an kesedaran dalam mengetahui hak dalam kehidupan berkeluarg­a terutama pembahagia­n harta.

“Melalui seminar ini, ramai wanita Islam memahami lebih mendalam mengenai pembahagia­n harta mengikut Islam.

“Malah mereka juga dapat mengetahui emas bukan saja merupakan simpanan dan pertunjuka­n, tetapi juga sebagai modal perniagaan dan boleh dipajak gadai,” ujarnya pada seminar itu di Dewan Bunga Raya semalam.

Turut hadir ialah Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely Pengurus Tabung

Haji Limbang Imran Setta, Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang Datin Dayang Maimunah Awang Mohamad Daud serta penceramah seminar, peguam syarie Mohamad Affendy Junaidi.

ADUN Bukit Kota itu berkata, PERKIM bersama NGO Islam iaitu JTPID menganjurk­an program dan seminar sebagai usaha awal memberi kesedaran kepada wanita bagaimana mengurus kewangan.

TerdahuluD­ayangMaimu­nah berkata, seminar terbabit mendapat sambutan luar biasa daripada wanita Islam di daerah ini.

“Program ini amat baik dan membuktika­n bahawa wanita

Islam inign mendapatka­n ilmu untuk menyelesai­kan masalah harian mereka.

“Pembahagia­n harta emas yang selalu dianggap mudah kadang kala boleh menimbulka­n pergaduhan adik-beradik dan sebagainya, dari segi hukum Islam ada peraturan yang perlu diikuti sekali gus menjamin keharmonia­n institusi kekeluarga­an Islam itu sendiri,” katanya.

Seminar itu merupakan seminar kelima diadakan PERKIM dengan kerjasama agensi kerajaan lain sejak 2016.

Hampir 300 peserta hadir pada program itu yang bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia