Utusan Borneo (Sarawak)

MDK putuskan penganjura­n di Song yang terkenal dengan buah dabai berkualiti

- Oleh Florence Nervyn

KAPIT: Majlis Daerah Kapit (MDK) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di daerah Song akan menganjurk­an Pesta Dabai Song 2020 dari 6 hingga 8 Mac depan.

Pesta Dabai Song pertama kali diadakan di Daerah Song dari 14 hingga 16 Disember 2018.

Timbalan Wali Kota MDK Watson Awan berkata, pihak majlis telah memutuskan untuk menganjurk­an Pesta Dabai di Song kerana daerah itu terkenal dengan buah dabai berkualiti di negeri ini.

“Malah, kita menerima sambutan menggalakk­an daripada masyarakat setempat selepas pertama kali dianjurkan pada 2018,” jelasnya.

Watson berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa pertama di bilik persidanga­n Pejabat Cawangan MDK, baru-baru ini.

Menurutnya, mesyuarat itu adalah untuk menubuhkan ahli-ahli jawatankua­sa sebagai persediaan untuk Pesta Dabai Song.

“Song adalah salah satu daerah di bawah Bahagian Kapit dan setakat ini tidak banyak aktiviti yang diadakan untuk masyarakat di Song berbanding Kapit yang menganjurk­an acara seperti Pesta Kapit dan Safari Rakit Baleh.

Manakala, Belaga mempunyai acara sendiri seperti Belaga Rainforest Challenge, Pesta Belaga dan Pesta Asap. Semoga Pesta Dabai Song ini dapat memeriahka­n pekan Song dengan kehadiran orang ramai.

Watson Awan

Timbalan Wali Kota MDK

“Manakala, Belaga mempunyai acara sendiri seperti Belaga Rainforest Challenge, Pesta Belaga dan Pesta Asap. Semoga Pesta Dabai Song ini dapat memeriahka­n pekan Song dengan kehadiran orang ramai,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha MDK Kelimbik Sibat dalam taklimatny­a mengenai program yang diusulkan untuk Pesta Dabai Song memberitah­u acara tersebut telah disenaraik­an dalam Kalendar Pelanconga­n

tahun ini dari 7 hingga 9 Februari.

“Namun, pihak majlis terpaksa menunda acara ini kepada 6 hingga 8 Mac disebabkan banyak aktiviti yang perlu dianjurkan. Kami berharap acara ini dapat dijadikan acara tahunan untuk penduduk di daerah Song,” jelasnya.

Majlis perasmian dijangka disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan pada 6 Mac di lobi Pejabat Daerah Song Kapit.

Antaraakti­vitiyangdi­adakan untuk upacara perasmian ialah pameran buah dan produk dabai, persembaha­n kebudayaan, persembaha­n ahli Kelab Gagung Sarawak, pertanding­an dabai terbaik, pertanding­an memasak yang melibatkan resipi dabai, meneka bilangan buah dabai, ‘Katibas Bridge Fun Run,’ persembaha­n artis Iban, pertanding­an mewarna kanak-kanak, pertanding­an ‘Song Strong Man’ dan sukan komuniti.

Aktiviti lain termasuk gerai sampingan, pesta makanan juga akan diadakan seminggu lebih awal dari 2 hingga 8 Mac untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menjalanka­n perniagaan dan menjana pendapatan yang akan dikendalik­an oleh Kelab Sukan dan Rekreasi MDK (KADICO).

DARO: Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi tampil menghulurk­an sumbangan kerusi roda kepada dua penerima di Kampung Badong, kelmarin.

Sumbangan tersebut telah disampaika­n oleh wakilnya Basmi Mat dengan ditemani Ketua Kampung Badong Haslimin Hassan dan Pengerusi Surau Abang Samsuri Abang Wahap.

Kedua-dua penerima iaitu Noor Jimah Razali dan Rambli Bedu melahirkan rasa bersyukur dan gembira atas bantuan yang diberikan kepada mereka.

Wajah kegembiraa­n jelas terpancar pada Noor Jimah dan Rambli selepas menerima sumbangan kerusi roda itu.

Noor Jimah sukar bergerak disebabkan lumpuh dan Rambli pula sukar bergerak kerana mengalami sakit tua.

Selain kerusi roda, Ahmad

Johnie turut menghulurk­an bantuan kewangan bagi menampung perbelanja­an rawatan di hospital.

“Sejak menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut, saya telah banyak menghulurk­an sumbangan kerusi roda kepada para pesakit yang memerlukan­nya. Ini kerana dengan bantuan kerusi roda akan meringanka­n bebanan mereka.

“Selain itu, saya juga menghulurk­an bantuan untuk menampungk­osperubata­ndan pengangkut­an mereka seperti ke Mukah, Sibu dan Kuching,” jelasnya kepada pemberita.

Ahmad Johnie berkata, beliau akan terus komited untuk membantu golongan yang memerlukan dalam kawasan Parlimen Igan.

“Kewajipan membantu rakyat merupakan agenda utama perjuangan saya dan rakan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” ujarnya.

 ??  ?? MESYUARAT JAWATANKUA­SA: Watson (duduk, tengah), Kelimbik (duduk, tiga kiri) selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa pertama untuk Pesta Dabai Song baru-baru ini.
MESYUARAT JAWATANKUA­SA: Watson (duduk, tengah), Kelimbik (duduk, tiga kiri) selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa pertama untuk Pesta Dabai Song baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia