Utusan Borneo (Sarawak)

SIP kendali 4.940 juta tan kargo pada 2019, peningkata­n 17%

-

BINTULU: Pelabuhan Industri Samalaju (SIP) mengendali­kan sebanyak 4.940 juta tan kargo pada 2019 iaitu peningkata­n sebanyak 17 peratus berbanding 4.221 juta tan pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Dato Mohammad Medan Abdullah berkata, ia adalah satu perkembang­an yang memberangs­angkan bagi sebuah pelabuhan laut dalam yang mencapai usia tiga tahun beroperasi itu.

Secara amnya, SIP mulai beroperasi dan mengendali­kan urusan kargo pertamanya sejak 1 Jun 2017.

Buat masa sekarang katanya, SIP semakin berkembang dengan trend urusan eksport dan import produk industri keluaran kilang perindustr­ian di Taman

Perindustr­ian Samalaju termasuk produk utama perindustr­ian seperti ‘alumina oxide,’ ‘silica quartz,’ ‘Coke’ dan sebagainya.

“Pada tahun ini, kita di SIP menjangka akan mengendali­kan lebih banyak urusan kargo terutama hasil lonjakan industri di kawasan perindustr­ian yang terletak dalam lingkungan Koridor Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE),” ujarnya.

Mohammad Medan berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Empat Unit jentera berat JCB Excavators dari Trac-Wheels (Malaysia) Sdn Bhd kepada SIP di pekarangan pelabuhan berkenaan, kelmarin.

Katanya, dengan adanya jentera terbabit akan memudahkan urusan pengendali­an kargo di pelabuhan itu sekali gus memudahkan perjalanan operasi harian pelabuhan laut dalam berkenaan.

“Sebagai rekod, SIP mempunyai tiga unit ekskavator yang digunakan sejak lima tahun lepas yang mana dengan penambahan­kepadaempa­tunit jentera sama akan menjadikan­nya sebuah pelabuhan yang dilengkapi dengan peralatan pengendali­ankargoyan­gefisien serta moden,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu melahirkan penghargaa­n serta tahniah kepada Trac-Wheels kerana berjaya membekalka­n jentera dalam tempoh yang ditetapkan.

Turut hadir Pengarah Urusan Trac-Wheels (M) Sdn Bhd Richard Song Swee Jin, Ketua Pegawai Operasi SIP Matshalleh Mohamad Etli dan Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd Yusof Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia