Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat harus berminda positif, bendung musibah landa kawasan

-

BETONG: Masyarakat diminta mengubah pemikiran ke arah minda positif dan mengambil tindakan serius dalam menangani dan membendung sebarang musibah melanda kawasan masingmasi­ng.

Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Zawawie Rajit berkata, penduduk kawasan itu juga harus mengambil iktibar daripada kejadian di beberapa kampung yang menjadi kawasan wabak penyakit yang berpunca tidak menjaga kebersihan.

“Kebersihan amat penting dan jangan kita mengabaika­nnya. Oleh itu bersama kita bertindak menjaga kebersihan persekitar­an kampung agar tiada sebarang punca mendatangk­an penyakit.

“Saya mengharapk­an kerjasama semua penduduk Kampung Melayu di sini terutamany­a dapat menjaga kebersihan kediaman masing-masing dan berfikiran positif menangani wabak penyakit.

“Pemakluman kita terima daripada pihak berwajib, peningkata­n peratusan bagi wabak denggi amat membimbang­kan berlaku di beberapa kampung di sini.

“Justeru, Pejabat Daerah Betong mengarahka­n penduduk kampung menganjurk­an satu pendekatan drastik bagi membendung agar wabak tidak merebak ke sini,” katanya pada GotongRoyo­ng Perdana Membendung Wabak Denggi bagi Kampung Melayu Betong di sini, semalam.

Tambahnya, dalam membendung wabak denggi menular penduduk Kampung Melayu di sini diminta menjalanka­n program gotongroyo­ng membersihk­an persekitar­an kampung.

“Kerjasama semua pihak melaksanak­an tanggungja­wab adalah suatu yang membanggak­an.

“Kita menganjurk­an serentak bagi enam Kampung Melayu di sini termasuk Kampung Masjid, Tengah, Hilir, Baru Hulu, Baru Hilir dan Kampung Melayu Passa,” jelasnya.

Dalam pada itu, program gotong-royong itu menerima 60 kotak air minuman disumbangk­an oleh Skuad Kasih Sayang Plus (SKS+) DUN Layar bagi menjayakan program itu.

Hadir sama ketua-ketua kampung dan pengerusip­engerusi persatuan Kampung Melayu Betong.

 ??  ?? PERKASAKAN SIP: Mohammad Medan (tengah) merakamkan gambar bersama tetamu pada majlis simbolik penyerahan JCB Excavators kelmarin.
PERKASAKAN SIP: Mohammad Medan (tengah) merakamkan gambar bersama tetamu pada majlis simbolik penyerahan JCB Excavators kelmarin.
 ??  ?? KERJASAMA ERAT: Zawawie merakamkan kenangan bersama peserta selepas program.
KERJASAMA ERAT: Zawawie merakamkan kenangan bersama peserta selepas program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia