Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak program kerajaan persekutua­n dirancang untuk rakyat Sarawak namun seolah-olah dihalang GPS: Chong

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa mengetepik­an kepentinga­n politik terutama dalam melaksanak­an inisiatif kerajaan persekutua­n di negeri ini.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, banyak program atau inisiatif kerajaan persekutua­n telah dirancangk­an di negeri ini demi manfaat rakyat.

Namun katanya, kebanyakan aktiviti atau program berkenaan seolah-olah dihalang oleh kerajaan negeri termasuk tidak membenarka­n penggunaan kemudahan orang awam seperti dewan masyarakat.

“Apabila ia berkaitan dengan pelaksanaa­n projek atau inisiatif kerajaan (persekutua­n) sepatutnya perbezaan politik itu harus diketepika­n.

“Ia kerana tujuan kita adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Sarawak mendapat manfaat daripada inisiatif kerajaan persekutua­n termasuk pengagihan dekoder MyTV,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pengagihan dekoder televisyen

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

digital MyFreeview (MyTV) di Aerovill Mall di sini, semalam.

Chong yang juga Pengerusi DAP Negeri memberitah­u, baru-baru ini wakil mereka di Miri telah dimaklumka­n bahawa permohonan untuk menggunaka­n Dewan Suarah di Miri bagi pengagihan dekoder MyTV telah dibatalkan pada saat akhir.

“Permohonan berkenaan sebenarnya telah diluluskan, tetapi kami dimaklumka­n menerusi surat daripada kerajaan negeri dua tiga hari lepas bahawa mereka

telah membatalka­n keputusan menggunaka­n tempat berkenaan,” katanya

Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri berkata, perkara seperti itu tidak harus berlaku memandangk­an pengagihan dekoder itu juga adalah satu usaha yang memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

“Namun ia dibatalkan hanya kerana ia adalah program atau inisiatif yang dianjurkan kerajaan persekutua­n sedangkan ia juga diadakan bertujuan memberi kesenangan atau manfaat kepada rakyat.

“Tindakan sebegini pada saya seperti menghalang rakyat daripada menerima manfaat daripada insiatif dilakukan kerajaan persekutua­n,” tegasnya.

Beliau berkata, pembatalan atau halangan menggunaka­n dewan itu tidak hanya berlaku di Miri, tetapi di Sibu dan Bintulu yang juga untuk tujuan sama iaitu pengagihan dekoder MyTV beberapa bulan lepas.

Menyedari perkara itu, maka pihaknya terus mengadakan kerjasama dengan pihak swasta terutamany­a pusat beli-belah untuk menganjurk­an progam pengagihan dekoder kepada penerima.

Chong turut mendedahka­n, ia bukan sahaja berkaitan dengan pengagihan dekoder terdapat juga majlis sukan menggunaka­n stadium di Miri yang sepatutnya dirasmikan Senator Alan Ling juga telah dibatalkan.

Apabila ia berkaitan dengan pelaksanaa­n projek atau inisiatif kerajaan (persekutua­n) sepatutnya perbezaan politik itu harus diketepika­n.

Chong Chieng Jen

 ??  ?? KUNJUNGI: Chong bertanya sesuatu kepada kakitangan MyTV ketika turun padang untuk mengikuti perkembang­an di pusat pengagihan dekoder MyTV di Aerovill Mall, Kuching semalam.
KUNJUNGI: Chong bertanya sesuatu kepada kakitangan MyTV ketika turun padang untuk mengikuti perkembang­an di pusat pengagihan dekoder MyTV di Aerovill Mall, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia