Utusan Borneo (Sarawak)

5,000 dekoder MyTV diserah kepada penerima di Kuching dalam empat hari

-

KUCHING: Dianggarka­n 5,000 unit dekoder televisyen digital MyFreeview (MyTV) akan diserahkan kepada penerima di sekitar Kuching dalam tempoh empat hari bermula semalam.

Pengagihan dekoder atas inisiatif yang dikendalik­an Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersama MyTV dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu semalam diadakan di Aeroville Mall yang bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.

Program di Aeroville Mall diadakan selama dua hari sehingga hari ini, manakala dua hari seterusnya iaitu Isnin dan Selasa pada jam yang sama diadakan di Emart Batu Kawa.

Pengerusi DAP Negeri yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen turut hadir meluangkan masa bagi memantau sendiri perkembang­an di pusat pengagihan berkenaan, semalam.

Ketika ditemui pemberita, Chong mengucapka­n terima kasih serta penghargaa­n kepada pihak Aeroville Mall kerana sudi membantu dan membenarka­n tempat mereka bagi tujuan pengagihan terbabit.

“Kita menggunaka­n tempat ini sebagai pusat pengedaran untuk hari ini (semalam) dan esok (hari ini) dan seterusnya di Emart Batu Kawa pada Isnin dan Selasa.

“Kita berterima kasih kepada pusat beli-belah ini kerana mahu menyediaka­n tempat untuk kita mengagihka­n dekoder kepada masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, inisiatif pengagihan dekoder kepada masyarakat di Sarawak merupakan satu usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) selaras dengan mentransfo­rmasikan penyiaran televisyen daripada analog kepada digital.

Katanya, sebelum ini di bawah perjanjian pelantikan kontraktor MyTV oleh kerajaan terdahulu, semua dekoder MyTV hanya dihantar menerusi perkhidmat­an kurier kepada Sabah dan Sarawak.

“Namun kita menyedari menerusi kaedah kiriman sedemikian di Sarawak, ramai dalam kalangan penerima tidak dapat menerima kerana beberapa faktor termasuk alamat tidak terperinci.

“Banyak kiriman dekoder tidak sampai kepada penerima dan ia akan dihantar balik... bagi yang dihantar balik ia tidak akan dihantar buat kali kedua kepada penerima.

“Sehubungan itu , sebaik sahaja PH mengambil alih kerajaan persekutua­n, kami telah mengadakan perbincang­an bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai isu ini,” katanya.

Chong memberitah­u, akhirnya MyTV telah berjanji dan bersetuju dengan cadangan mereka supaya menghantar pasukan di bandarband­ar utama di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu untuk program pengagihan dekoder MyTV.

Sementara itu, empat lagi lokasi penganjura­n pengagihan dekoder di negeri ini, iaitu di Miri pada 26 hingga 28 Februari, di Bintulu (1 dan 2 Mac) manakala di Sibu iaitu di SMK Nangka, Sibu (7 dan 8 Mac).

 ??  ?? SAMPAIKAN: Chong (dua kiri) menyerahka­n dekoder MyTV kepada penerima semasa mengadakan lawatan ke program pengagihan di Aeroville Mall, Kuching semalam. Turut kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong (kanan).
SAMPAIKAN: Chong (dua kiri) menyerahka­n dekoder MyTV kepada penerima semasa mengadakan lawatan ke program pengagihan di Aeroville Mall, Kuching semalam. Turut kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia