Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai bantuan disalurkan untuk meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus menjaga kebajikan dan kesejahter­aan rakyat negeri ini melalui penyaluran pelbagai bantuan termasuk projek kecil luar bandar (MRP).

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai berkata, penyaluran bantuan itu membuktika­n kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menepati janji dan amat prihatin terhadap rakyat negeri ini.

Beliau berkata, antara MRP itu ialah Program Penambahba­ikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diagihkan secara berperingk­at dengan keutamaan diberikan kepada rumah panjang yang lebih memerlukan untuk diperbaiki segera atau rumah panjang yang masih dalam pembinaan.

“Di kawasan DUN Kakus, sejumlah 12 rumah dengan 159 pintu menerima MRP untuk PPRMS sebanyak RM450,100 keseluruha­nnya,” ujarnya ketika menyempurn­akan majlis penyerahan projek itu di Pejabat GPS DUN Kakus, Tatau semalam.

Sikie berkata, ia merupakan projek fasa satu tahun 2019 membabitka­n penyerahan bahan binaan berupa atap spandek, batu bata dan simen daripada kerajaan Sarawak.

Katanya, DUN Kakus

Di kawasan DUN Kakus, sejumlah 12 rumah dengan 159 pintu menerima MRP untuk PPRMS sebanyak RM450,100 keseluruha­nnya.

Datuk John Sikie Tayai

ADUN Kakus

merupakan kawasan yang luas dan ia meliputi 400 rumah panjang sekali gus bantuan perlu diberikan secara berperingk­at-peringkat memandangk­an kawasan penempatan penduduk yang jauh dan berselerak.

“Penerima bantuan yang sama untuk fasa dua tahun lepas juga diberikan dan penyerahan bantuan diteruskan pada tahun ini dengan harapan penduduk akan dapat melaksanak­an kerja-kerja penambahba­ikan rumah panjang atau rumah kampung mereka dengan lebih lancar secara bergotong-royong,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis itu isteri John Sikie Datin Melia Gelen, Penghulu Micheal Agul, Penghulu Alister dan 150 penduduk terdiri daripada tuai-tuai rumah serta ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) rumah panjang.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Para penerima bantuan MRP merakamkan kenangan bersama Sikie (berdiri, lapan kiri) serta yang lain.
TERIMA KASIH: Para penerima bantuan MRP merakamkan kenangan bersama Sikie (berdiri, lapan kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia