Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan fasa kedua projek Tebingan Batu Kawa bermula

-

KUCHING: Pembinaan fasa kedua projek Tebingan Batu Kawa secara rasmi dimulakan baru-baru ini.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam satu kenyataan akhbarnya kelmarin berkata, projek yang bertujuan untuk mencantikk­an kawasan tersebut menelan kos RM3.189 juta dan dijangka siap dalam tempoh lapan bulan.

Ujar kenyataan itu lagi, projek fasa kedua ini akan menghubung­kan platform Kuil-Kuil Batu Kawa Tian Sze Guang Long Gong dengan projek fasa pertama iaitu ‘Sky Window of Batu Kawa’.

“Kontraktor yang dilantik telah menerima kontrak daripada Majlis Perbandara­n Padawan semasa majlis diadakan pada Khamis lalu.

“Projek tender terbuka memerlukan kontraktor untuk memulakan kerja mulai 13 Februari dan harus diselesaik­an pada 12 Oktober depan,” ujarnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang juga wakil rakyat Batu Kawa menyatakan rasa puas hatinya terhadap perkembang­an projek fasa pertama Tebingan Batu Kawa dan permulaan kerja fasa kedua.

Beliau yakin bahawa ia akan memacu pertumbuha­n kawasan dari segi ekonomi dan sosial setelah selesai.

Projek Tebingan Batu Kawa sepanjang 800 meter dengan jumlah kos RM8.8 juta itu terletak di bawah Jambatan Datuk Chong Kiun Kong.

Ia mempunyai bangunan ikonik iaitu ‘The Sky Window of Batu Kawa’ yang merupakan sebuah platform 360 darjah dan melaluinya, orang ramai dapat melihat pemandanga­n di sekitar pasar Batu Kawa secara menyeluruh.

Majlis pecah tanah pada Jun tahun lepas dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Projek ini dianggarka­n siap dalam tempoh 18 bulan dan pada mulanya dibiayai oleh kerajaan persekutua­n dan kerajaan Sarawak.

Namun, pembiayaan persekutua­n tersebut dibatalkan selepas Pakatan Harapan mengambil alih pemerintah­an di Putrajaya.

Kerajaan Sarawak kemudian mengambil langkah untuk membiayai projek itu sepenuhnya.

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurk­an ceramah mengenai Sejarah Sarawak Sebelum Tahun 1840 pada Jumaat depan, 21 Februari di Bilik Koleksi Khas, Aras 1, Pustaka.

Ceramah yang akan diadakan pada jam 2.30 petang itu akan disampaika­n oleh Tom

McLaughlin.

Tom McLaughlin bersama isterinya, Suriani telah menghabisk­an lebih tujuh tahun untuk menyelidik dan menulis buku baru mereka bertajuk ‘Sarawak River Valley: Early Times to 1840.’

Antara pengisian ceramah tersebut adalah mengenai 15 pemimpin baharu di Santubong, pembentuka­n bandar Kuching dan ‘Lidah Tanah’ serta perang antara Brunei dan Sarawak.

Turut dibincangk­an adalah mengenai bagaimana bangsa Iban, Melayu, Cina dan Bidayuh bersama-sama membentuk Sarawak.

Kemasukan adalah percuma.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Dayang Nur Syima Awang Adrus/Aidashermi­lla Hashim menerusi talian 082-440488 (sambungan 106/221), atau e-mel kepada cmasyima@sarawak. gov.my/aidasheh@sarawak. gov.my.

 ??  ?? KERJA BERMULA: Wakil Majlis Perbandara­n Padawan menyerahka­n projek fasa kedua Tebingan Batu Kawa kepada kontraktor.
KERJA BERMULA: Wakil Majlis Perbandara­n Padawan menyerahka­n projek fasa kedua Tebingan Batu Kawa kepada kontraktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia