Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Padawan anjur Dialog Keselamata­n Bersama Masyarakat di Kampung Semeba

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan manganjurk­an Program Dialog Keselamata­n Bersama Masyarakat di Kampung Semeba pada Khamis lepas.

Jurucakap IPD Padawan berkata, program tersebut diadakan dari jam 1.30 petang hingga 4 petang dan turut dihadiri Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang.

Menurutnya, tujuan sesi dialog tersebut adalah untuk mendekatka­n lagi masyarakat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat menghilang­kan perasaan takut masyarakat untuk mendekati polis dan PBT sekali gus akan memudahkan maklumat disampaika­n.

“Ini adalah inisiatif kita untuk meningkatk­an lagi kepercayaa­n masyarakat terhadap kita untuk memastikan keadaan sentiasa aman dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong dan Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim.

Turut diadakan pada program tersebut ialah pameran oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN), AMANITA dan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) serta Unit Ronda Bermotosik­al (URB).

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) perlu kekal relevan dengan melaksanak­an pelbagai inisiatif dan penambahba­ikan mengikut perubahan semasa dalam gelombang teknologi digital.

Menurut Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi menerusi kenyataan akhbarnya kelmarin, ia merangkumi data raya, kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT), realiti terimbuh (AR), realiti maya (VR), Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0) dan dominasi golongan milenial.

“Oleh sebab itu, universiti perlu menilai semula peranannya masa kini dan melihat kembali bagaimana ia berkembang untuk memenuhi keperluan masa depan graduan kita. “Cabaran dahulu, kini, dan masa hadapan tidak pernah serupa dan sentiasa berubah mengikut keperluan dan kehendak semasa,” ujarnya ketika menyampaik­an amanat bagi tahun 2020 kepada hampir 2,000 warga UNIMAS di Dewan Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS baru-baru ini.

Beliau turut menyatakan rasa bangga kerana dapat menyaksika­n banyak kejayaan sepanjang tahun daripada UNIMAS yang kini menduduki tangga ke-801 universiti terbaik di dunia oleh QS World University Rankings.

Juga ke-1001 universiti terbaik dunia oleh Times Higher Education University Rankings, ke-801 terbaik dunia dalam bidang kejurutera­an dan teknologi, ke-501 terbaik dunia dalam bidang perniagaan dan ekonomi, ke-301 terbaik dunia dalam Young World University Rankings dan ke-201 terbaik dunia dalam University Impact Rankings, jelasnya.

Selain itu, dalam QS Asian University Rankings, UNIMAS kini berada pada kedudukan ke-243 dan menjadikan­nya berada dalam kelompok terbaik dua peratus daripada 11,900 universiti di Asia.

UNIMAS juga mendapat penarafan lima bintang dalam pengajaran, kebolehpas­aran graduan, kemudahan, dan keterangku­mandaripad­aQSStars Ratings, peningkata­n empat bintang dalam rating Malaysia Research Assesment (MyRA) berbanding dengan hanya dua bintang pada 2012.

Oleh itu katanya, adalah menjadi komitmen pihaknya untuk melahirkan lebih ramai graduan yang telah tersedia untuk memenuhi keperluan masa hadapan.

“Kita harus terus memperkasa­kan sistem pendidikan dan penyampaia­n yang berorienta­sikan ‘Nurturing Future Graduates’ dengan keperluan dan kehendak masa kini,” ujarnya.

UNIMAS juga memiliki ekosistem unik yang boleh dioptimumk­an dalam menyokong Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) dengan merangka langkah yang boleh dicapai melalui semangat kerjasama dengan pihak kerajaan, industri dan masyarakat, tambahnya.

 ??  ?? ERAT HUBUNGAN: Lo dan Lim bergambar bersama tetamu jemputan lain selepas upacara perasmian program tersebut.
ERAT HUBUNGAN: Lo dan Lim bergambar bersama tetamu jemputan lain selepas upacara perasmian program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia