Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Tiada bukti pesakit pulih dijangkiti semula

-

IPOH: Tiada bukti menunjukka­n bahawa individu yang telah pulih daripada jangkitan COVID-19 akan dijangkiti semula, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata pada kebiasaann­ya mana-mana individu yang sembuh daripada infeksi virus akan mempunyai imuniti dalam tubuh untuk melawan penyakit berkaitan.

“Memang dikhuatiri jangkitan semula boleh berlaku, tapi setakat ini tiada bukti ini akan berlaku. Selalunya, selepas infeksi viral jarang sekali dapat jangkitan kali kedua sebab boleh dapat perlindung­an melalui imuniti kita.

“Di negara China, misalnya, doktor menggunaka­n plasma darah pesakit yang telah pulih (daripada COVID19) untuk merawat mereka yang sakit teruk, tapi ini kita perlukan data untuk tahu ia berkesan atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan sistem pemantauan keselamata­n sekolah, di sini semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumka­n bahawa setakat ini sebanyak tujuh individu yang dijangkiti COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Selain itu, Dr Lee menasihati orang ramai agar elakkan stigma terhadap mereka yang tiba dari China atau ada kontak dengan kes yang disahkan positif COVID-19 kerana kebimbanga­n terhadap perkara itu akan hanya akan mengganggu kehidupan seharian.

Kementeria­n Kesihatan telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengasingk­an mereka yang tiba dari China sekiranya mempunyai simptom jangkitan selama dua minggu dan jika tiada simptom, risiko untuk penularan COVID-19 amat rendah.

“Kontak kepada pesakit COVID-19 juga kementeria­n akan saring untuk memastikan mereka tidak menjangkit­i sesiapa. Bila (ujian) negatif, risiko mereka sebagai punca penyakit agak rendah. Jadi jangan terlalu takut dan ada stigma terhadap mereka yang jadi kontak atau pulang dari China,” kata Dr Lee.

Pada majlis itu, Dr Lee, yang juga Ahli Parlimen Gopeng, menyampaik­an sumbangan Persatuan Peralatan Komputer dan Digital Perak antaranya kamera litar tertutup kepada 25 sekolah dan pertubuhan kebajikan. — Bernama

JOHOR BAHRU: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) memperkena­lkan MyUPU, portal bersepadu baharu untuk permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutka­n pengajian ke peringkat asasi, diploma serta sijil mulai sesi akademik 2020/2021.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata portal tunggal tersebut bertujuan membolehka­n lebih ramai lepasan SPM berpeluang melanjutka­n pelajaran di samping mengelakka­n berlakunya pertindiha­n tawaran.

“Tahun ini kami gabungkan, hanya gunakan ‘single window’ untuk semua penempatan ke IPT kerana tujuan kami adalah untuk mengelakka­n berlakunya tawaran bertindih.

“Kami mahu mengelakka­n seorang pelajar mendapat dua tiga tawaran seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun lepas terdapat 10,000 tempat dari keseluruha­n institusi pengajian tidak diisi, jadi, menerusi MyUPU, diharapkan ia dapat memaksimum­kan kapasiti yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Masuk IPT 2020 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor, di sini semalam.

Turut hadir pada program disertai 100 pempamer merangkumi universiti awam dan swasta itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia Johor Aminolhuda Hasan dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar.

Teoberkata­terdapat13­5,000 kapasiti atau peluang untuk melanjutka­n pelajaran di semua IPTdanILKA­tahuninide­ngan diharapkan kesemua kapasiti itu mampu diisi.

Sementara itu, berhubung program Jom Masuk IPT yang bermula semalam sehingga 29 Mac depan, beliau berkata seramai 230,000 pengunjung disasarkan KPM di lapan lokasi yang dianjurkan di seluruh negara termasuk 20,000 pengunjung di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor.

Menurut Teo, selepas Johor, program tersebut akan dianjurkan di Pahang, Kedah, Sabah, Perak, Terengganu, Sarawak serta Selangor.

“Programini­bertujuanu­ntuk mempromosi­danmenyeba­rkan maklumat mengenai peluang pendidikan­tinggiyang­ditawarkan IPT, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulas­i, Politeknik dan Kolej Komuniti serta ILKA,” katanya.

Beliau berkata penganjura­n program tersebut juga seiring dengan pembukaan permohonan kemasukan ke IPT awam mulai 24 Februari sehingga 31 Mac ini bagi lepasan SPM dan 24 Februari sehingga 7 April bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan setaraf. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Dr Lee (tiga kanan) menyerahka­n kamera litar tertutup kepada Wakil SJKC Tat Choi, Khor Beng Sim (lima kiri) pada Majlis Amal Pengagihan Sistem Pengawasan kepada sekolah dan Organisasi Kebajikan anjuran Persatuan Pengusaha Komputer dan Peralatan Digital (PCDA) Perak di Kelab Renang Ipoh semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Dr Lee (tiga kanan) menyerahka­n kamera litar tertutup kepada Wakil SJKC Tat Choi, Khor Beng Sim (lima kiri) pada Majlis Amal Pengagihan Sistem Pengawasan kepada sekolah dan Organisasi Kebajikan anjuran Persatuan Pengusaha Komputer dan Peralatan Digital (PCDA) Perak di Kelab Renang Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia