Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19 tidak ganggu promosi SUKMA Johor 2020: Mohd Khuzzan

-

JOHOR BAHRU: Penularan jangkitan COVID-19 tidak mengganggu persiapan dan program skuad ‘Road to SUKMA’ bagi mempromosi Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 dari 9 hingga 19 Julai ini, kata Exco Sukan, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Malah, beliau berkata, skuad promosi yang bertanggun­gjawab mengendali­kan program siri jelajah ke beberapa negeri juga sudah mula turun padang sejak 9 Februari lepas.

“Promosi terus berjalan seperti biasa kerana kita telah ke Kedah dan Perak pada 9 dan 10 Februari lepas. Pada 23 dan 24 Februari ini pula kita akan ke Perlis dan Pulau Pinang serta ke negeri-negeri lain seperti Selangor, Melaka dan Pahang,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian cenderamat­a rasmi SUKMA Johor 2020, di sini, semalam.

Perasmian berkenaan dilakukan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif, Al Ikhsan Sports Sdn Bhd., Vach Pillutla dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Mohd Khuzzan berkata setakat ini hanya program

Karnival Semarak Juara 2020 yang dijadualka­n berlangsun­g pada 13 Februari lepas ditangguhk­an berikutan COVID-19 selepas mengambil kira beberapa faktor.

Beliau menjelaska­n program berskala besar yang akan melibatkan orang ramai itu akan diteruskan mengikut keadaan semasa dan ia akan diputuskan pada hujung bulan ini.

“Kita lihat di Malaysia kes COVID-19 memang kurang, tetapi kita kena tahu Johor berkeduduk­an hampir dengan Singapura iaitu kira-kira 700 meter. Jadi, kita kena lihat dan kaji semula pada hujung bulan ini (Karnival Semarak Juara 2020),” katanya.

Sementara itu mengenai cenderamat­a SUKMA Johor 2020, Pillutla (he) berkata AlIkhsan selaku penaja, mengeluark­an lebih 50 cenderamat­a secara berperingk­at bagi temasya dwitahunan itu.

Menurut beliau, koleksi cenderamat­a dan kelengkapa­n sukan rasmi SUKMA Johor itu merangkumi baju, seluar dan beg boleh didapati pada harga serendah RM29 hingga RM59 di kesemua 130 cawangan Al-Ikhsan di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia