Utusan Borneo (Sarawak)

Juruteknik hospital jadi penggembal­a kambing berjaya

-

KUALA LUMPUR: AXA AFFIN Life Insurance Bhd telah memperkena­lkan Program Bantuan Hospital 2019-nCoV bagi menangani ancaman COVID-19 yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Rohit Nambiar dalam satu kenyataan semalam berkata Program Bantuan Hospital itu mempunyai tiga manfaat utama iaitu ‘Bantuan Diri Segera’, ‘Bantuan Keluarga’ dan ‘Bantuan Penepian Kemasukan Hospital’.

Di bawah program ini, pemegang polisi akan layak mendapat bayaran tunai sekali sahaja melalui pemberitah­uan di bawah ‘Bantuan Diri Sendiri’ (faedah pendapatan hospital sehingga 14 hari).

Terdapat bantuan tunai tambahan sekali sahaja sebanyak RM3,000 untuk keluarga terdekatdi­bawah‘BantuanKel­uarga’sekiranyam­erekadidia­gnosis dengan COVID-19 pada atau sebelum 30 Jun 2020.

“Jika pemegang polisi diasingkan untuk jangkitan COVID-19 semasa dalam perjalanan ke wilayah Hubei, Zhejiang dan Jiangsu di China semasa tempoh perlindung­an, bayaran maksimum sebanyak RM10,000 sekali gus akan dibayar di bawah seksyen ini.” katanya.

Program ini akan diperluask­an kepada semua polisi perubatan yang dikeluarka­n dengan Rider Manfaat Pendapatan Kemasukan Hospital (HIB) dari 1 Februari 2020 hingga 31 Mac 2020.

Semua polisi perubatan sedia ada tanpa HIB hanya layak untuk ‘Bantuan Penepian Kemasukan Hospital’, yang menawarkan pelbagai penepian polisi yang akan memudahkan penjagaan pemegang polisi selepas didiagnosi­s. — Bernama

KOTA BHARU: Menyedari potensi dalam bidang penternaka­n yang semakin berkembang, seorang juruteknik di sebuah hospital di sini, memilih menjadi penggembal­a kambing sebagai pekerjaan sampingan menambah pendapatan.

Biarpun ada segelintir yang memberi persepsi negatif dan memandang rendah terhadap kerja penternaka­n yang tidak glamor, namun Mohd Sufian Aziz, 34, tidak kecil hati dan meneruskan usahanya sehingga kini berjaya memiliki 20 ekor kambing.

Beliau berkata minatnya terhadap bidang penternaka­n bermula apabila bapanya, Aziz Malek, 50, seorang penternak lembu, mengajakny­a untuk membantu.

“Saya bermula dengan bermodalka­n wang simpanan sendiri sekitar RM5,000 untuk membina kandang dan membeli tiga kambing dua tahun lepas bagi memulakan perniagaan ini.

“Namun kini, alhamdulil­lah saya sudah memiliki 20 kambing baka Boer dan sentiasa mendapat permintaan penduduk kampung termasuk untuk dijadikan akikah yang dijual sekitar harga RM600 hingga RM800,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kandang kambingnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Mohd Sufian, yang berkelulus­an dalam bidang pendingin hawa Institut Kemahiran MARA (IKM) Sik, Kedah, berkata bidang penternaka­n mampu memberi pulangan lumayan sekiranya ia dilakukan dengan tekun dan menggunaka­n ilmu yang betul.

“Saya banyak menimba ilmu penternaka­n kambing ini dengan menyertai kumpulan ‘Kelab Penternak Anak Kelate’ di laman sosial Facebook.

“Masalah kesihatan kambing dapat diatasi menggunaka­n perkongsia­n ilmu ahliahli kelab yang berkongsi cara mengatasi demam, kurang selera dan sebagainya,” katanya yang telah memperoleh keuntungan sebanyak RM8,000 hasil jualan 10 kambing setakat ini.

Bapa kepada dua anak itu berkata, bagi mengelakka­n ternakan dijangkiti penyakit yang boleh menyebabka­n kematian termasuk penyakit kuku dan mulut, dia mendapatka­n khidmat suntikan daripada pihak veterinar sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan sekali.

“Namun, sejak tahun lepas saya mula mempelajar­i ilmu suntikan dengan pihak veterinar dan kini saya hanya menyuntik sendiri haiwan ternakan dengan mendapatka­n bekalan vitamin daripada veterinar yang dijual pada harga RM60 untuk kegunaan 10 hingga 15 kambing.

“Untuk makanan, selain memberi dedak sebanyak sekilo sehingga dua kilogram setiap hari, saya juga akan memberi seguni rumput sebagai makanan harian,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAKANLAH: Mohd Sufian dari Kampung Baung, Pengkalan Chepa, Kota Kharu mengambil inisiatif menternak kambing demi menjana pendapatan sampingan untuk menyara keluarga. Mohd Sufian kini memiliki sebanyak 20 ekor kambing dari baka Boer dan juga kambing kampung.
— Gambar Bernama MAKANLAH: Mohd Sufian dari Kampung Baung, Pengkalan Chepa, Kota Kharu mengambil inisiatif menternak kambing demi menjana pendapatan sampingan untuk menyara keluarga. Mohd Sufian kini memiliki sebanyak 20 ekor kambing dari baka Boer dan juga kambing kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia