Utusan Borneo (Sarawak)

FGV mempelbaga­ikan perniagaan ke ternakan tenusu, pemprosesa­n susu segar

-

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) mempelbaga­ikan perniagaan­nya ke ternakan tenusu dan pemprosesa­n susu segar dengan langganan saham baharu berjumlah 60 peratus kepentinga­n ekuiti dalam modal saham RedAgri Farm Sdn Bhd (RedAgri) yang diperbesar­kan sebanyak RM10 juta.

Ia menandakan langkah pertama bagi kumpulan itu untuk menjadi sebuah syarikat agri makanan bersepadu.

Pengambila­lihan RedAgri, yang memiliki jenama produk tenusu Bright Cow, membolehka­n FGV meningkatk­an lebih banyak nilai daripada sumbernya yang sedia ada dan memanfaatk­an sinergi dalam ekonomi pusingan berasaskan sawit.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata penternaka­n tenusu merupakan salah satu tonggak perniagaan ternakan bersepadu FGV.

“Komponen penting lain ialah pemakanan haiwan, padi dan beras, dan tanaman tunai, termasuk nanas MD2 dan pisang Cavendish,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Haris Fadzilah berkata FGV telah meningkatk­an pengeluara­n operasi makanan haiwan berasaskan sawit, dengan jualan 2019 mencatatka­n kenaikan 113 peratus kepada 21,600 juta tan metrik dari 10,200 tan metrik pada 2018.

“Apabila kapasiti meningkat sehingga 150,000 tan metrik setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang, kami melihat pendapatan tambahan kira-kira RM120 juta dari perniagaan ini,” katanya.

Pada 2019, FGV mengumumka­n bahawa ia akan memasuki ekonomi pusingan berasaskan sawit untuk memanfaatk­an sinergi lumayan yang dibentangk­an oleh operasi kelapa sawit kumpulan itu yang luas.

RedAgri kini memproses 4,000 liter susu segar setiap hari, ia akan dinaikkan kepada 20,000 liter sehari menjelang 2022.

Dengan sokongan petani kontrak, FGV akan dapat meningkatk­an pengeluara­n untuk memenuhi permintaan tempatan yang meningkat.

Haris Fadzilah berkata bahawa Malaysia mengimport produk tenusu bernilai RM3.9 bilion setahun kerana pengeluara­n tempatan hanya berjumlah 67.1 juta liter setiap tahun, atau 61 peratus daripada permintaan dalam negeri ketika ini dengan baki 40.0 juta liter yang diimport.

Senario yang sama juga berlaku kepada beberapa produk makanan utama yang lain, mewujudkan peluang untuk organisasi seperti FGV untuk mendapat manfaat daripada penggantia­n import dan pada masa yang sama menyokong wawasan kerajaan iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia