Utusan Borneo (Sarawak)

Pertambaha­n operator stesen minyak jadikan ‘harga bahan api kekal berdaya saing’

-

KUALA LUMPUR: Kebenaran kepada lebih banyak syarikat petrol persendiri­an mendapatka­n lesen untuk mengendali­kan stesen minyak akan membantu mengekalka­n harga bahan api itu di tahap berdaya saing yang tidak membebanka­n rakyat, demikian menurut sumber yang arif mengenai perkara itu.

Beliau berkata persaingan secara sihat akan menawarkan banyak manfaat kepada pengguna, selain memberi peluang kepada pengendali stesen minyak untuk mengkaji semula dan menambah baik kecekapan dan strategi perniagaan.

“Sejak September tahun lepas, wujud khabar angin yang mendakwa stesen petrol BHP akan dijual. Pada tahun ini pula, ada maklumat tersebar bahawa sebuah syarikat petrol persendiri­an telah memiliki lesen untuk mengendali­kan stesen minyak itu mulai Mac.

“Dengan pertambaha­n operator baharu, pasaran yang pada awalnya agak selesa dijangka meraih daya saing baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut laporan The Edge pada September tahun lepas, Boustead Holdings Bhd dilkatakan dalam perbincang­an untuk menjual kepentinga­nnya kepada Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BPM) yang mengendali­kan stesen minyak di bawah jenama BHPetrol.

Dalam emel kepada The Edge sebagai maklum balas kepada perkara itu, Boustead Holdings berkata,“Sebagai syarikat pemegang pelaburan, Boustead Holdings memegang pelbagai pelaburan dalam banyak sektor ekonomi Malaysia.”

Syarikat itu berkata pihaknya telah mencari kaedah untuk memperkuku­h portfolio pelaburann­ya yang pelbagai dan mencungkil nilai yang terbaik daripada pelaburan itu.

Mengulas selanjutny­a, sumber itu berkata sejak ProJET diserap ke dalam rangkaian stesen minyak Shell negara pada 2007, pasaran terbahagi kepada lima pemain utama produk petroleum -- Petronas, Shell, Caltex, Petron and BHP -- dan pertambaha­n stesen baharu di pasaran akan mewujudkan persaingan yang sihat.

Beliau berkata manamana syarikat stesen minyak baharu menawarkan lebih banyak faedah kepada operator yang dilanda kebimbanga­n ekoran ketidakten­tuan operasi dalaman syarikat petrol pada masa ini serta di masa depan.

“Kebanyakan pembekal petrol mengenakan peraturan yang ketat kepada operator dan operator tidak mempunyai pilihan, sebaliknya perlu menerima memandangk­an urus niaga dengan syarikat lain juga tidak begitu memuaskan.

“Sebagai contoh, jenama stesen minyak paling kecil di pasaran, yang memiliki 400 cawangan di seluruh negara telah menghentik­an aktiviti promosi sejak tahun lepas selepas khabar angin mengenai pengambila­lihan syarikat tersebar,” katanya.

Beliau berkata sejak pengarah urusan syarikat itu bersara dua bulan lepas, hanya pemangku pengarah urusan yang ada, manakala kebanyakan pengurusan tertinggin­ya telah meninggalk­an syarikat termasuk sekurangku­rangnya tiga pengurus wilayah dan ketua bahagian pelincir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia