Utusan Borneo (Sarawak)

Terbitan sukuk meningkat pada 2019, Malaysia kuasai penawaran

-

KUALA LUMPUR: Terbitan sukuk global meningkat 6.0 peratus pada 2019 berikutan rangkaian penerbit dan pelabur yang diperluask­an walaupun penawaran masih memberi tumpuan secara geografik, menurut Fitch Ratings.

Firma penarafan itu berkata halangan berstruktu­r yang lama kepada pertumbuha­n masih kekal walaupun semakin banyak korporat meneroka pasaran sukuk, antara yang berpotensi adalah mereka yang mempunyai profil kredit yang lemah, duluan perundanga­n boleh ditetapkan sebagai satu penjelasan mengenai layanan pemiutang yang ingkar.

“Terbitan sukuk dengan tempoh matang melebihi 18 bulan daripada Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Malaysia, Indonesia, Turki dan Pakistan berjumlah AS$42.2 bilion pada 2019, meningkat berbanding AS$39.8 bilion pada 2018.

“Angka pada 2019 mencecah hampir 40 peratus lebih tinggi berbanding 10 tahun sebelum ini, walaupun kurang daripada rekod tinggi yang dicapai pada 2017,” katanya dalam kenyataan Khamis lalu.

Fitch berkata kenaikan yang diperoleh tahun lepas telah dipacu oleh sedikit peningkata­n pada suku keempat, dengan langkah kebanyakan peminjam untuk memasuki pasaran masih menjadi penentu utama bagi volum sukuk.

Pada Oktober, Arab Saudi menjadikan terbitan 10 tahun AS$2.5 bilion sebagai antara usahanya yang sistematik untuk mempelbaga­ikan pembiayaan belanjawan serta membantu membangunk­an pasaran modal hutang patuh syariah di peringkat serantau.

Mengenai penawaran sukuk, Fitch berkata ia telah mempelbaga­ikan geografi sejak dekad yang lepas, yang pada mulanya didominasi oleh penerbit daripada Malaysia dan Bahrain.

Semakin banyak trend yang baharu telah dipelbagai­kan oleh jenis pelabur dan penerbit.

“Permintaan yang kukuh daripada pelabur tradisiona­l bank Islam yang membeli untuk tujuan pelaburan dan pengurusan mudah tunai telah menerima dorongan daripada pelabur antarabang­sa dan rantau yang lain, di mana sebahagian­nya telah mengkhusus­kan dana sukuk atau subdana.

“Penyertaan kedua-dua bon konvension­al dan sukuk diberi penarafan daripada lima negara GCC dalam Indeks Bon Pasaran Baharu Muncul JP Morgan sejak 2019 telah menyokong proses ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia