Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran di rumah anak yatim Haiti ragut 15 nyawa

Saksi dakwa kebakaran berpunca daripada lilin yang dinyalakan kerana ketiadaan bekalan elektrik

-

KENSCOFF: Seramai 15 kanak-kanak terbunuh apabila api memusnahka­n sebuah rumah anak yatim tidak berlesen di pinggir ibu negeri Port-au-Prince di Haiti, seorang hakim memberitah­u AFP kelmarin, menyerlahk­an kekurangan teruk bagi institusi kebajikan kanak-kanak di negara pulau ini.

Dua kanak-kanak meninggal dunia dalam kebakaran dan 13 lagi meninggal dunia di sebuah hospital akibat terhidu asap, kata majistret Raymonde Jean Antoine.

Bangunan tersebut – yang tidak mempunyai kelulusan untuk beroperasi sebagai sebuah rumah anak yatim sejak 2013 – menempatka­n kira-kira 66 kanak-kanak, jelas beliau.

Kebakaran di Kenscoff – sebuah pekan yang mempunyai 50,000 penduduk di selatan ibu negeri – bermula sejurus selepas jam 9 malam waktu tempatan pada Khamis lepas, tambah Antoine.

Menurut salah seorang kanak-kanak, kebakaran berpunca daripada lilin yang dinyalakan oleh penghuni kecil di dalam bilik mereka kerana ketiadaan bekalan elektrik, beliau memberitah­u AFP.

Satu siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar kebakaran dan mengenal pasti pihak yang bertanggun­gjawab ke atas rumah anak yatim tersebut.

Antoine memasuki Orphanage of the Church of Bible Understand­ing pada pagi kelmarin bagi melaporkan kematian dua mangsa di dalam bangunan tersebut. Usia mereka masih belum ditentukan lagi. Beliau juga akan mendokumen­kan kerosakan berpunca daripada kebakaran tersebut.

Bangunan dua tingkat itu dalam keadaan kopakkapik sepenuhnya, dengan tempat tidur – sebahagian dalam keadaan usang – berpadat di dalam bilik kecil, satu ruangan tangga yang sesak dan hanya sebuah pintu keluar yang boleh digunakan, kata seorang wartawan AFP.

“Keadaan kehidupan kanak-kanak ini adalah benar-benar terabai: apa yang kami dapat lihat adalah kanak-kanak hidup seperti haiwan,” kata Antoine, sambil menambah bahawa tiada alat pemadam api yang ditemui.

Hanya tiga orang dewasa yang berada di situ pada masa kebakaran.

“Rumah anak yatim ini tidak mempunyai kelulusan untuk beroperasi,” menurut Arielle Jeanty Villedroui­n, pengarah bagi pejabat kebajikan kanak-kanak Haiti (IBESR).

“Ia adalah sebuah organisasi yang, saya percayai, menerima wang daripada sektor keagamaan, mubaligh asing – sebenarnya saya juga tidak pasti, namun yang pasti secara haram.”

Beberapa organisasi seperti Orphanage of the Church of Bible Understand­ing muncul dengan pesat selepas gempa bumi 2010 yang memusnahka­n Haiti dan pulau itu sedang pulih akibatnya.

Pada permulaan 2019, IBESR mendapati hanya 35 daripada 756 pusat penempatan juvana telah dikenal pasti di sekitar negara miskin ini yang memiliki permit operasi sepatutnya.

Sebanyak 80 peratus daripada 27,000 kanak-kanak di rumah anak yatim Haiti mempunyai sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapa yang masih hidup.

Sebagai tambahan kepada siasatan kehakiman, kerajaan sedang berusaha untuk “memulihkan kanakkanak yang terselamat, yang mengalami trauma selepas tragedi, dan menempatka­n mereka dengan pusat peralihan IBESR di mana mereka akan mendapat bantuan psikososia­l,” jelas Villedroui­n.

Pada 2017, Lumos, sebuah badan NGO ditubuhkan oleh penulis JK Rowling yang terkenal melalui karyanya ‘Harry Potter’ bagi menyatukan kanak-kanak rumah anak yatim dengan ibu bapa mereka, melaporkan sekurang-kurangnya AS$70 juta telah diterima setiap tahun oleh hanya satu pertiga daripada rumah anak yatim di Haiti.

Anggaran tersebut diperolehi selepas analisis tunggal bagi laporan belanjawan NGO asing, ketika akaun bagi badan keagamaan tidak diperolehi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RENTUNG: Kerosakan di Orphanage of the Church of Bible Understand­ing selepas kebakaran pada malam sebelumnya di kawasan Kenscoff di pinggir Port-au-Prince, Haiti kelmarin.
— Gambar AFP RENTUNG: Kerosakan di Orphanage of the Church of Bible Understand­ing selepas kebakaran pada malam sebelumnya di kawasan Kenscoff di pinggir Port-au-Prince, Haiti kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? PERIKSA: Anggota bomba memeriksa bilik di Orphanage of the Church of Bible Understand­ing selepas kebakaran di kawasan Kenscoff di pinggir Port-au-Prince, Haiti kelmarin.
— Gambar AFP PERIKSA: Anggota bomba memeriksa bilik di Orphanage of the Church of Bible Understand­ing selepas kebakaran di kawasan Kenscoff di pinggir Port-au-Prince, Haiti kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia