Utusan Borneo (Sarawak)

40 terbunuh dalam serangan di tengah Mali

-

BAMAKO: Empat puluh orang, termasuk sembilan anggota tentera, terbunuh dalam beberapa siri serangan di tengah Mali, kata pihak berkuasa kelmarin, dengan kebanyakan kematian berpunca daripada keganasan antara etnik di wilayah yang bergolak itu.

Seramai 31 orang terkorban dalam satu serangan semalaman di Ogossagou, sebuah kampung yang kebanyakan­nya didiami oleh etnik Fulani di mana 160 meninggal dunia pada Mac lepas dalam pembunuhan beramai-ramai yang dipersalah­kan terhadap anggota militia Dogon, menurut kerajaan, menambahka­n lagi angka kematian.

Kira-kira 30 penyerang melancarka­n serangan, ketua kampung Aly Ousmane Barry memberitah­u AFP.

“Pondok dan tanaman telah dibakar, haiwan ternakan turut dibakar atau dirampas,” tambah beliau, berjanji bahawa pihak kerajaan akan memburu pelakunya.

Seorang pegawai kerajaan tempatan, yang meminta namanya dirahsiaka­n, pada mulanya menyatakan 28 orang telah hilang.

Beliau mempersala­hkan serangan terhadap sebuah kumpulan pemburu Dogon – satu kenyataan yang tidak dapat disahkan secara bebas.

Pegawai dan ketua kampung Aly Ousmane Barry berkata penyerang bertindak masuk beberapa jam selepas pasukan tentera kerajaan berundur keluar dari kawasan berkenaan.

Pada lewat kelmarin lapan anggota tentera Mali terkorban dan empat lagi tercedera dalam satu serangan hendap di wilayah tengah Gao, menurut pihak tentera.

Pasukan tentera Mali turut mengalami “kerosakan peralatan,” kata pihak tentera di laman media sosial, tanpa menyatakan siapa yang melancarka­n serangan di kampung Bentia.

Juga kelmarin seorang anggota tentera terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah kem tentera di Mondoro, juga di tengah Mali, kata pegawai keselamata­n.

Kem tersebut pernah diserang sebelum ini – dalam serbuan bersama oleh pihak militan yang turut menyasarka­n kem tentera Boulkessy berhampira­n sempadan dengan Burkina Faso, mengorbank­an sekurang-kurangnya 25 anggota tentera.

Mali Tengah telah dibelenggu oleh keganasan etnik selepas pemberonta­kan ekstremis meletus di bahagian utara negara pada 2012.

Keganasan tersebut telah mengorbank­an ribuan nyawa dan merebak sehingga ke negara jiran Niger dan Burkina Faso.

Serangan kecil di tengah Mali berlaku selepas penduduk Fulani, juga dikenali sebagai Peul, telah dikaitkan dengan pejuang ekstremis.

Diketuai oleh pendakwah Islam terkenal Amadou Koufa, sebuah militia dikenali Katiba Macina merekrut anggota dari kalangan penduduk Fulani dan telah dituduh untuk serangan bermotifka­n etnik.

Kumpulan etnik yang lain seperti Bambara atau Dogon mula menubuhkan kumpulan pertahanan diri yang telah dituduh bagi pembunuhan serangan balas.

Sebagai tambahan kepada serangan terbaharu di Ogossagou, 14 penduduk Fulani telah terkorban di tengah Mali pada Januari.

Kira-kira 75 penduduk Dogon terkorban di kampungkam­pung seperti Sobane Da, Gangafani dan Yoro pada Jun tahun lepas, dalam satu serangan yang dipersalah­kan terhadap militan Fulani.

Pada bulan ini Human Rights Watch menuding kepada cantuman etnik di tengah Mali sebagai “pusat utama” keganasan di negara ini.

Ia menyatakan lebih 450 terkorban di wilayah itu pada 2019, “tahun paling berdarah bagi orang awam” sejak keganasan ekstremis bermula.

Mengimbas kepada ketidaksta­bilan kronik, anggota tentera Mali sendiri sering menjadi sasaran.

Pada 26 Januari, militan yang dikaitkan dengan AlQaeda telah menyerang sebuah kem tentera di Sokolo, tengah Mali, membunuh 20 tentera sukarela dan mencederak­an lima yang lain.

Keganasan di tengah Mali bersamaan dengan harapan yang baharu bahawa kerajaan rapuh boleh mendapatka­n semula kawalan terhadap bahagian utara yang di luar kawalan undang-undang.

Pasukan tentera kembali pada Khamis lepas ke Kidal, sebuah pekan utara yang telah menjadi kubu bagi pemberonta­k Tuareg, selepas ketiadaan mereka selama enam tahun.

Pasukan tentera biasa kembali ke pekan ditemani oleh bekas pemberonta­k yang telah diserapkan ke dalam pasukan tentera di bawah perjanjian kedamaian wilayah.

Perjanjian, dicapai di Algiers pada 2015, telah dianggap sebagai salah satu daripada beberapa tindakan Mali untuk mengelakka­n kitaran keganasan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia