Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu mabuk bakal berdepan denda RM100,000, penjara 20 tahun

Kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman kesalahan berkenaan: Lim

-

BUTTERWORT­H: Individu yang didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabka­n kematian dicadang dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman terhadap kesalahan itu dengan hukuman penjara bagi pesalah akan turut ditingkatk­an kepada 20 tahun berbanding 10 tahun ketika ini.

“Kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman bagi Seksyen 41 (Akta Pengangkut­an Jalan 1987) ini bagi mereka yang telah menyebabka­n kemalangan sehingga menyebabka­n kematian apabila memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi lima beradik yang kehilangan bapa mereka, Khairizul Mohamad Noor, 39, selepas dilanggar pemandu kereta dipercayai mabuk dalam kejadian Ahad lepas, di kediaman keluarga itu di Jalan Hj Mohd Saad, dekat Bagan Jermal, di sini semalam.

Menurutnya, pada masa ini hukuman di bawah seksyen berkenaan memperuntu­kkan penjara maksimum 10 tahun

Jadi, kita harus mendapat kerjasama daripada orang ramai sungguhpun kadar sebenarnya sudah menurun tetapi kita harap kita dapat mengurangk­an kadar itu. Kita tidak mahu lihat hampir 7,000 korban nyawa berlaku hampir setiap tahun akibat kemalangan jalan raya.

Lim Guan Eng

Menteri Kewangan

dan denda tidak melebihi RM20,000.

Beliau berkata kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia agak tinggi iaitu antara yang tertinggi di dunia.

“Jadi, kita harus mendapat kerjasama daripada orang ramai sungguhpun kadar sebenarnya sudah menurun tetapi kita harap kita dapat mengurangk­an kadar itu. Kita tidak mahu lihat hampir 7,000 korban nyawa berlaku hampir setiap tahun akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Terdahulu, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan meluangkan masa menyantuni lima beradik itu dan turut menyampaik­an wang sumbangan sebanyak RM5,000.

“Sebelum ini, pihak kerajaan negeri, agensi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk pejabat Parlimen Bagan telah menyampaik­an sumbangan kepada keluarga ini dan saya ucapkan takziah kepada keluarga ini dan harap ibu kanak-kanak ini akan cepat sedar dan sembuh. Kita akan terus berikan bantuan dan perhatian kepada keluarga ini,” katanya.

Dalam nahas kira-kira jam 5 pagi 9 Februari lepas, Khairizul meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Zuriana Hasan, 36, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Seberang Jaya, dalam keadaan koma.

Dalam kejadian itu, motosikal yang ditunggang pasangan suami isteri itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, susur ke Perai di Bukit Mertajam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Lim beramah mesra bersama lima beradik iaitu Muhamad Khairi Zafran Khairizul, 21 bulan sambil diperhatik­an Nur Qurratu Ain, 7, Nur Afri Nirwana,16 dan Nur Istna Nadira, 14, ketika melawat mereka dekat Butterwort­h, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Lim beramah mesra bersama lima beradik iaitu Muhamad Khairi Zafran Khairizul, 21 bulan sambil diperhatik­an Nur Qurratu Ain, 7, Nur Afri Nirwana,16 dan Nur Istna Nadira, 14, ketika melawat mereka dekat Butterwort­h, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia