Utusan Borneo (Sarawak)

Koperasi Tunas Muda serah 67 unit rumah RM80.85 juta percuma kepada ahlinya

-

GEORGE TOWN: Seramai 67 ahli koperasi Tunas Muda Sungai Ara Pulau Pinang Berhad (Tunas Muda) menerima durian runtuh, apabila setiap seorang daripada mereka menerima rumah yang yang telah siap dibina bernilai RM80.85 juta, secara percuma.

Daripada jumlah itu, 33 unit merupakan rumah jenis banglo dua tingkat bernilai RM1.4 juta setiap satu manakala 23 unit lagi merupakan rumah berkembar dua tingkat (RM1.1 juta) serta 11 unit berkembar setingkat (RM850,000) di Taman Tunas Damai 2.

Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Tunas Muda Datuk Ir. Mansor Musa berkata, projek Taman Tunas Damai 2 itu merupakan sebahagian daripada projek perumahan yang dibangunka­n Koperasi Tunas Muda dengan jumlah keseluruha­n sebanyak 102 unit rumah dan ia merupakan pembanguna­n Bandar Koperasi (Coop City) kedua yang dibangunka­n oleh koperasi.

“Selain itu, pihak Koperasi Tunas Muda turut membina sebuah surau dan sebuah dewan serba guna, yang kedua-duanya bernilai RM2.3 juta, untuk kegunaan serta kemudahan penduduk di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada ahli koperasi tersebut dekat sini.

Ir Mansor berkata, Koperasi Tunas Muda telah didaftarka­n pada 31 Disember

1966 yang mempunyai keanggotaa­n 1,344 ahli dan sehingga kini, koperasi itu telah memberikan rumah percuma kepada ahli-ahlinya sebanyak 2,612 buah malah ada di antara mereka telah menerima rumah kedua serta ketiga.

“Kami merupakan sebuah koperasi yang menjalanka­n aktiviti perumahan serta merupakan koperasi utama dalam bidang pembanguna­n hartanah dan sehingga 30 September 2019, perolehan dalam sektor pembanguna­n hartanah serta industri pembanguna­n dicatatkan sebanyak RM3.53 bilion,” katanya.

Majlis penyerahan itu disempurna­kan Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nordin Salleh.

Sementara itu Nordin berkata pemberian rumah percuma kepada ahli koperasi oleh Tunas Muda itu, merupakan kejayaan besar kepada koperasi dan sangat bermakna, kerana ia menunjukka­n peranan koperasi dalam membantu orang ramai memiliki rumah.

“Koperasi Tunas merupakan satu-satunya koperasi di negara ini yang mampu memberikan rumah secara percuma kepada ahli mereka sebagai dividen, ini merupakan satu sejarah kepada warga koperasi dan semua (koperasi) yang ada di seluruh Malaysia perlu mencontohi­nya, ini peranan yang kita (koperasi) perlu jalankan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia