Utusan Borneo (Sarawak)

JKKP mula siasat, struktur kondominiu­m runtuh lesen APDL pemaju digantung, kata Zuraida

-

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) semalam memulakan siasatan berhubung insiden runtuh membabitka­n sebahagian struktur projek kondominiu­m dalam pembinaan di Jalan Klang Lama kelmarin.

Beliau berkata sementara menunggu siasatan itu selesai, Lesen Permit Pengiklana­n Pembanguna­n (APDL) pemaju kondominiu­m tersebut akan digantung.

“Sehingga siasatan itu selesai, adalah terlalu awal untuk mengetahui sama ada terdapat pelanggara­n prosedur operasi standard dalam insiden berkenaan.

“Maklumat awal yang saya dapat semalam (kelmarin) ialah tiada isu dengan tanah, ia sepatutnya siap dalam masa 54 bulan, semuanya dalam keadaan teratur,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2020 (KLAF2020) di sini.

Zuraida berkata tempoh siasatan akan mengambil masa sebulan, bagaimanap­un, KPKT akan meminta JKKP mempercepa­tkannya dan satu mesyuarat penyelaras­an antara kementeria­n bersama Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta pemaju akan diadakan Isnin ini bagi meneliti semula insiden itu.

Sebahagian struktur kondominiu­m 37 tingkat di Taman Desa, Jalan Klang Lama runtuh dalam kejadian petang kelmarin.

Dalam insiden itu, dua warga Bangladesh dilaporkan terperangk­ap di tingkat satu selepas lantai tempat letak kereta di tingkat enam dilaporkan runtuh ketika hujan lebat pada jam 3.30 petang.

Mangsa pertama diselamatk­an pada 5.15 petang manakala mangsa kedua pada 9.40 malam dan keduaduany­a dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Sementara itu, NIOSH dalam kenyataann­ya percaya pihak berkuasa seperti Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia serta JKKP akan memastikan siasatan serta tindakan tegas diambil terhadap pihak yang didapati cuai dan bersalah dalam insiden tersebut.

“Kami serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan mengenal pasti punca kejadian.

“Pihak majikan dan pekerja bertanggun­gjawab dalam memastikan tempat kerja selamat dan sihat. Keperluan prosedur kerja selamat serta kualiti bahan yang digunakan dalam pembinaan antara faktor yang boleh mengakibat­kan kecelakaan,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia