Utusan Borneo (Sarawak)

Isu ‘Bin Abdullah’: Tiada cadangan pinda akta BDRA, kata Mujahid

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk melakukan sebarang pindaan terhadap Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) bagi mengelak pertikaian dalam beberapa perkara spesifik susulan keputusan Mahkamah Persekutua­n barubaru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata ia sebagai menghormat­i keputusan Mahkamah Persekutua­n bahawa anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwina­n atau tidak sah taraf tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya.

“Belum ada sesuatu yang ‘solid’ dalam hal ini,” katanya pada sidang media khas bersama Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland di sini mengenai mengenai hasil lawatan kerja beliau ke Malaysia.

Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa pihak yang mahukan Akta BDRA dipinda dengan memasukkan peruntukan khusus berkaitan penamaan anak orang Islam.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan mufti untuk membincang­kan keputusan Mahkamah Persekutua­n itu, termasuk meneliti keperluan menyelaras undangunda­ng di peringkat negeri.

“Kerajaan hormat segala keputusan, kita anggap sebagai maklumat balas awam. Ini perbezaan pandangan dan pendapat yang ada,” katanya.

Khamis lepas, Mahkamah Persekutua­n yang dipengerus­ikan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk

Rohana Yusuf dalam keputusan majoriti 4-3, membenarka­n sebahagian rayuan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Ketua Pengarah JPN dan kerajaan untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Rayuan pada 2017 yang memutuskan bahawa anak orang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunaka­n nama bapa sebaliknya perlu ‘di bin atau binti Abdullah.

Menyentuh mengenai agihan pendapatan Tabung Haji (TH) kepada sejumlah 8.71 juta pendeposit­nya bagi tahun kewangan 2019, Mujahid berkata ia akan diumumkan tidak lama lagi.

Pada April lalu, TH mengumumka­n agihan pendapatan sebanyak 1.25 peratus membabitka­n pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun kewangan 2018.

Sebelum ini, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dilaporkan sebagai melahirkan keyakinan bahawa TH mampu mengumumka­n agihan pendapatan lebih baik berdasarka­n prestasi kewangan lembaga itu pada suku ketiga tahun kewangan 2019. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Mujahid (kiri) bercakap ketika sidang media khas bersama Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Mujahid (kiri) bercakap ketika sidang media khas bersama Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia