Utusan Borneo (Sarawak)

60 peratus pesakit kanser payudara di HUSM lambat dapat rawatan

-

KOTABHARU:Kebanyakan pesakit kanser payudara yang berada tahap tiga dan empat lambat mendapatka­n rawatan di hospital kerana perasaan malu selain taksub terhadap rawatan alternatif seperti berjumpa dengan bomoh menyebabka­n mereka sukar dipulihkan.

Ketua Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterap­i dan Onkologi, Hospital Universiti

Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Dr Wan Fatihah Wan Sohaimi berkata kira-kira 60 peratus pesakit kanser payudara yang datang ke hospital itu pada tahap tersebut sudah dianggap kritikal.

“Sepatutnya wanita yang berusia 40 tahun ke atas perlu menjalani saringan awal dengan melakukan pemeriksaa­n mamogram dan pap smer sebagai langkah pencegahan awal.

“Sekiranya mereka datang mendapatka­n rawatan awal iaitu pada tahap satu, peratusan untuk pesakit ini sembuh lebih tinggi tambahan pula mendapat sokongan daripada mereka yang melawan serta menjalani rawatan kanser,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program ‘Walk For Cancer Survivors 1.0’ yang dirasminka­n oleh Timbalan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Adam Husein di Kompleks Sukan 2, kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, di sini semalam.

Hadir sama pengarah program, Dr Shahrizal Mustafa dan Penyelaras Klinikal Jabatan Onkologi, Dr Wan Mohd Nazri Wan Zainon.

Dr Wan Fatihah berkata, sepanjang tahun lalu, statistik kanser daripada Jabatan Nuklear, Radioterap­i dan Onkologi HUSM adalah seramai 828 kes baharu dan 4,000 kes ulangan, manakala kanser payudara mencatatka­n kes tertinggi iaitu sebanyak 1,097 kes.

“Kebanyakan pesakit kanser payudara yang dikesan di peringkat awal mengambil sikap tidak peduli walaupun ada benjolan atau ketumbuhan kecil memandangk­an ianya tidak berasa sakit.

“Sepatutnya masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana bimbang ia boleh menjadi serius dan akhirnya boleh menyebabka­n kematian akibat tiada pencegahan awal,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n pengalaman mereka dalam bidang perubatan kanser, pesakit yang mempunyai ilmu yang cukup mengenai kanser selain kepakaran doktor yang merawat menambahka­n lagi keyakinan mereka untuk pulih.

Katanya, pihaknya sentiasa menyebarka­n informasi dan memberi kesedaran mengenai kanser dengan pelbagai kaedah termasuk kempen serta program gaya hidup sihat dari semasa ke semasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia