Utusan Borneo (Sarawak)

MySalam: Tukang cuci lega raih semula perlindung­an kesihatan

Penerima layak diminta segera memohon dan dapatkan inisiatif disediakan

-

GEORGE TOWN: Setelah sekian lama tidak memiliki skim perlindung­an takaful akibat kekangan kewangan, kini skim perlindung­an kesihatan masyarakat, mySalam, memberi sinar baharu buat golongan berpendapa­tan rendah yang sememangny­a mengingink­an kemudahan itu.

Bagi tukang cuci Zaleha Othman, 49, program mySalam yang diperkenal­kan kerajaan sangat bagus kerana ia membolehka­n beliau kembali berpeluang untuk mendapatka­n kemudahan perlindung­an kesihatan dan lebih menggembir­akannya skim itu diberikan secara percuma.

“Selepas mendengar penerangan terperinci daripada pegawai mySalam tadi, saya rasa seronok dan bersyukur sangat dapat peluang untuk skim ini sebab kami tergolong dalam kalangan orang susah. Bila ada skim begini dapatlah menampung apaapa yang patut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program Karnival Info Rakyat 2020 anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini.

Zaleha berkata beliau sudah lama tidak mengambil apa-apa skim perlindung­an kesihatan kerana tidak mampu untuk menampung bayaran bagi kos insurans.

Nada sama turut dilontarka­n seorang lagi tukang cuci Khadijah Ariffin, 58, yang menyifatka­n program tersebut suatu tindakan yang amat efektif dan terbaik daripada pihak kerajaan untuk rakyat.

Menurut Khadijah berdasarka­n semakan yang dibuat, beliau layak memohon skim itu memandangk­an suaminya adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

“Jadi kami akan mohon... terima kasih kepada kerajaan laksanakan skim ini. Sekarang kita tahulah macam-macam penyakit, kadang-kadang ada penyakit yang kita tak mampu nak bayar sebab peralatan dan rawatannya mahal...orang berpendapa­tan rendah ini memang tidak mampu,” katanya.

Bagi seorang suri rumah, Michelle Yeoh, 68, pula beliau sangat tertarik dengan inisiatif yang disediakan kerajaan menerusi pelbagai program seperti Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) dan mySalam.

“Saya terkejut melihat begitu banyak kemudahan

Selepas mendengar penerangan terperinci daripada pegawai mySalam tadi, saya rasa seronok dan bersyukur sangat dapat peluang untuk skim ini sebab kami tergolong dalam kalangan orang susah. Bila ada skim begini dapatlah menampung apa-apa yang patut.

Zaleha Othman

Tukang cuci

disediakan kerajaan untuk rakyat. Penjelasan yang diberikan oleh pegawai yang bertanggun­gjawab terhadap inisiatif ini membuatkan saya kagum dan saya akan uaruarkan kepada kawan-kawan saya,” katanya.

Sementara itu, seorang kru kios mySalam, Nur Alia Najiha Mohd Jais mengalualu­kan penerima yang berkelayak­an agar segera memohon dan mendapatka­n inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan.

Menurutnya, masih ramai yang belum tahu dan sedar kewujudan skim itu dan pihaknya kini giat menjalanka­n kempen penerangan di seluruh negarabagi­membantuma­syarakat memahami pelaksanaa­n inisiatif kerajaan itu.

Nur Alia Najiha berkata sasaran untuk menubuhkan kios mySalam di seluruh negara adalah 125 kios dalam usaha untuk mempergiat dan menyebarlu­askan pengetahua­n tentang mySalam kepada masyarakat.

“Di Pulau Pinang, kios mySalam sudah dibuka di tiga hospital iaitu Hospital Pulau Pinang, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Seberang Jaya. Skim ini sangat bagus kerana kerana rakyat dapat insurans tanpa perlu bayar apa-apa. Ramai yang menyangka skim ini berbayar, tidak sebenarnya,” katanya. — Bernama

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang, Selangor, berikutan satu video yang tular di media sosial kelmarin.

KKM melalui laman Facebook

rasminya memaklumka­n video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam menjalanka­n operasi mengesan kontak rapat.

“Tular video dengan dakwaan ada lima kes positif di Hospital Klang adalah tidak benar. Jangan berkongsi atau menyebarka­n berita palsu ini,” menurut catatan itu.

Kelmarin tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Panglima Tentera Darat (PTD) Jen. Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi (kanan) menyampaik­an Anugerah Perajurit Muda (PM) Keseluruha­n Terbaik, Muhamad Alif Najmi Rabiul Shawal, pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Diraja Malaysia Lelaki Siri 190/19 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson semalam. Seramai 1, 809 perajurit muda berjaya menamatkan latihan selama enam bulan yang bermula pada 2 Ogos tahun lepas.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Panglima Tentera Darat (PTD) Jen. Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi (kanan) menyampaik­an Anugerah Perajurit Muda (PM) Keseluruha­n Terbaik, Muhamad Alif Najmi Rabiul Shawal, pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Diraja Malaysia Lelaki Siri 190/19 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson semalam. Seramai 1, 809 perajurit muda berjaya menamatkan latihan selama enam bulan yang bermula pada 2 Ogos tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia