Utusan Borneo (Sarawak)

PPSMI diputuskan tahun hadapan: Tun M

-

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berharap keputusan sama ada Pengajaran dan Pembelajar­an Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenal­kan semula atau sebaliknya dapat diputuskan pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, yang memangku jawatan Menteri Pendidikan, berkata kerajaan sudah menubuhkan satu jawatankua­sa kecil untuk meneliti perkara itu dan akan menyediaka­n kertas cadangan yang akan dibentangk­an kepada Jemaah Menteri untuk tindakan lanjut.

Katanya, kabinet seterusnya akan menentukan sama ada PPSMI dilaksanak­an semula atau membuat keputusan mengekalka­n kaedah pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa kebangsaan.

“Isu PPSMI akan diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota kabinet. Saya tidak boleh buat keputusan...ia mesti dibuat oleh kabinet,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Medical Outreach di Masjid Nurul Islam, Kampung Sungai Itau, di sini, semalam.

“(Sebelum ini) saya beritahu kepada pegawai, bukan buat pengumuman (kepada umum mengenai memperkena­lkan semula PPSMI), tetapi entah macam mana ia tiris dan orang ramai diberitahu bahawa saya telah buat keputusan,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata sebuah jawatankua­sa kabinet telah dibentuk untuk mengkaji perkara itu memandangk­an terdapat tentangan daripada orang ramai terhadap cadangan berkenaan.

Program Medical Outreach anjuran Langkawi Youth Power Club, Institut Jantung Negara (IJN) dan Briged Sukarelawa­n Media Prima-NSTP itu bertujuan menyediaka­n kemudahan pemeriksaa­n kesihatan kepada penduduk setempat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat penduduk setempat yang mengambil peluang membuat pemeriksaa­n kesihatan pada program khidmat masyarakat IJN dan Media Prima di Masjid Sungai Itau, Air Hangat di Langkawi semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat penduduk setempat yang mengambil peluang membuat pemeriksaa­n kesihatan pada program khidmat masyarakat IJN dan Media Prima di Masjid Sungai Itau, Air Hangat di Langkawi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia