Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 1,809 perajurit muda Tentera Darat tamat latihan

-

PORT DICKSON: Seramai 1,809 perajurit muda semalam menamatkan Kursus Asas Latihan Tentera Darat pada acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Diraja Malaysia Lelaki Siri 190/19 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di sini.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata kerjaya ini tidak menjanjika­n kekayaan atau kemewahan hidup malah bidang ini memerlukan mereka mempunyai ketahanan mental dan fizikal serta kepatuhan kepada peraturan, berdisipli­n dan amanah.

“Kekuatan fizikal dan mental sahaja belum cukup untuk memacu tentera darat ke arah kecemerlan­gan. Setiap anggota perlu memiliki ilmu pengetahua­n serta kemahiran dalam bidang masing-masing.

“Dengan ilmu kemahiran, tugas akan dapat dilaksanak­an dengan sempurna mengikut perubahan persekitar­an yang berlaku. Saya menasihati sentiasala­h berusaha dan merebut peluang untuk menambah pengetahua­n agar semua perajurit muda ini menjadi aset berguna kepada tentera darat,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Kesemua 1,809 perajurit muda lelaki itu menamatkan latihan asas ketenteraa­n selepas menjalani latihan selama enam bulan yang bermula pada 2 Ogos tahun lepas.

Anugerah Perajurit Muda Keseluruha­n Terbaik dirangkul Muhammad Alif Najmi Rabiul Shawal, 19, dari Machang, Kelantan manakala Perajurit Muda Akademik Terbaik dianugerah­kan kepada Raymont Anak Ma, 20, berasal dari Sibu, Sarawak.

Mohammad Haizan Idris, 19, dari Pontian, Johor menerima anugerah Perajurit Muda Kecergasan Jasmani Terbaik manakala Perajurit Muda Kawad Terbaik diraih Muhammad Ridzuan Maula Mohd Rezal, 19, dari Segamat, Johor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia