Utusan Borneo (Sarawak)

RUU tubuh Suruhanjay­a Harmoni dan Perdamaian diharap ke parlimen tahun ini

-

KUALA TERENGGANU: Rang undang-undang untuk menubuhkan Suruhanjay­a Harmoni dan Perdamaian diharap dapat dibentangk­an di parlimen tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy berkata suruhanjay­a bebas tersebut antara lain akan berperanan mencari jalan perdamaian antara pihak yang bertelagah atau yang menyentuh sensitivit­i kaum dan agama lain, tanpa perlu dibawa kepada tindakan polis.

“Ada sesetengah isu boleh diatasi sekiranya satu pendamaian dilakukan jadi suruhanjay­a ini akan bertindak mempunyai kuasa untuk mengadakan perdamaian sama ada pihak-pihak yang bertelagah atau yang menyatakan sesuatu yang mungkin boleh mengguris hati masyarakat lain.

“Kita beri peluang kepada pihak-pihak ini untuk berdamai. Tetapi sekiranya apa yang dinyatakan itu terlalu ekstrem maka ianya akan terpulang kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah

Mesra Bersama Pemimpin Komuniti dan Rakan Perpaduan Terengganu, di Dewan Persatuan Buddhist Terengganu, di sini semalam.

Waytha Moorthy berkata setakat ini pihaknya dalam proses merangka RUU tersebut dan mengambil contoh serta mengkaji beberapa negara yang mempunyai suruhanjay­a seumpama itu seperti United Kingdom dan Australia.

Selain itu katanya Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepenti­ngan seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketua-ketua masyarakat untuk mendapatka­n pandangan mereka mengenai suruhanjay­a tersebut.

Ditanya mengenai keanggotaa­nnya, Waytha Moorthy berkata suruhanjay­a itu akan dianggotai individuin­dividu yang bebas dan berpengala­man menangani isu perkauman dan agama, serta yang terlibat dalam memberi khidmat kepada masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia