Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM terima sumbangan perisian komputer industri minyak dan gas

-

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) kelmarin menerima sumbangan perisian komputer sebenar dan lesen berkaitan industri minyak dan gas bernilai jutaan ringgit daripada syarikat Schlumberg­er (SLB).

Antara perisian yang disumbangk­an untuk manfaat Pusat Pengajian Kejurutera­an Minyak dan Gas UiTM itu adalah Petrel, Techlog, Merak Peep, ECLIPSE dan PIPESIM.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Ir Mohd Azraai Kassim berkata sumbangan yang diterima hasil kerjasama dengan syarikat terkemuka dunia itu adalah selaras dengan Pelan Strategik UiTM 2025 untuk melahirkan lebih ramai graduan berkualiti tinggi yang memenuhi kehendak pasaran kerja industri.

“Kerjasama ini bertepatan dengan perancanga­n UiTM untuk menjalinka­n kerjasama yang lebih luas dengan pihak industri dan juga universiti antarabang­sa,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan perisian itu di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Operasi Software Intergrate­d Solutions (SIS) Asia Tenggara SLB, Haitao Sun.

Tambah beliau, kandungan perisian yang disumbangk­an oleh SLB kepada UiTM itu juga akan diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajar­an subjek berkaitan.

Dengan bantuan perisian itu kata Mohd Azraai, pelajar akan lebih terdedah kepada pembelajar­an dalam bidang ramalan pengeluara­n, pengoptimu­man takungan dan aplikasi berguna selain membantu mereka membangunk­an analisis kritikal pengurusan medan serta takungan.

“Saya percaya dengan menggunaka­n perisian sebenar ini, pelajar akan menimba pengalaman baharu dan mampu menjentik keyakinan untuk meningkatk­an tahap kebolehpas­aran kerja pada masa hadapan,” katanya.

Program perisian itu akan dimasukkan ke dalam modul subpermuka­an seperti geologi dan kejurutera­an takungan, ekonomi minyak dan gas, pengurusan projek ‘Capstone’ seperti Pelan Pembanguna­n Lapangan (FDP) dan projek Penyelidik­an Tahun Akhir (FYP). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim (depan, dua kanan) dan Pengarah Operasi Software Integrated Solutions Asia Tenggara, Haitao Sun (dua kiri) bergambar selepas Majlis Penyerahan Rasmi Perisian Minyak dan Gas Schlumberg­er kepada Fakulti Kejurutera­an Kimia di Bangunan Canselori UiTM Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim (depan, dua kanan) dan Pengarah Operasi Software Integrated Solutions Asia Tenggara, Haitao Sun (dua kiri) bergambar selepas Majlis Penyerahan Rasmi Perisian Minyak dan Gas Schlumberg­er kepada Fakulti Kejurutera­an Kimia di Bangunan Canselori UiTM Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia