Utusan Borneo (Sarawak)

VAR nafikan gol Wolves, Santo selar teknologi bola sepak

Santo berang dan mendakwa sukan bola sepak bakal menjadi robotik ketika pasukannya seri 0-0 dengan Leicester City

-

WOLVERHAMP­TON: Nuno Espirito Santo mendakwa sukan bola sepak berisiko menjadi robotik selepas kontrovers­i timbul apabila Wolves dinafikan oleh VAR dan pemain Leicester, Hamza Choudhury, dibuang dari padang dalam keputusan seri 0-0 yang tegang di Molineux pada Jumaat.

Pasukan Santo menyangka mereka sudah menjaringk­an gol pendahulua­n apabila Willy Boly menanduk bola ke dalam gawang pada separuh masa pertama, tetapi VAR masuk campur untuk membatalka­n jaringan itu kerana keputusan ofsaid yang paling tipis terhadap Diogo Jota.

Wolves berang, tetapi keputusan pengadil memihak kepada mereka pula selepas waktu rehat apabila Leicester menyaksika­n rayuan mereka bagi tendangan penalti ditolak sebelum pemain tengah Choudhury dibuang dari padang setelah dilayangka­n kad kuning kedua.

Santo, yang masih tidak puas hati selepas masa penuh, meratapi cara keputusan VAR dan penantian lama mengeluark­an emosi dari sukan bola sepak.

“Ia adalah satu realiti sekarang tetapi setiap kali ia berlaku, ia mengecewak­an anda. Apabila anda melihat imej, kelebihan jelas tidak ada tetapi undang-undang adalah undang-undang,” katanya.

“Pengadil berkata ia adalah ofsaid. Kita perlu membiasaka­n diri dengannya dan berharap ia akan bertambah baik. Ia perlu bertambah baik, ia adalah jelas.

“Sesuatu mesti dibuat. Biarlah mereka yang faham membuat sesuatu untuk menikmati kegembiraa­n meraikan jaringan. Kita berisiko menjadi robot.”

Leicester kekal di tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), satu mata di belakang Manchester

City di tempat sedikit daripada tendangan sudutnya.

Caglar Soyuncu sepatutnya meletakkan Leicester di depan tetapi dia

menanduk kedua dalam usaha mereka untuk layak bagi Liga Juara-Juara.

Pengurus Leicester, Brendan Rodgers, menerima dorongan selepas dia menyaksika­n pasukannya tidak dibolosi sebarang gol buat kali kedua dalam 11 perlawanan liga terakhir mereka, terutamany­a selepas mereka terpaksa menangani serangan demi serangan oleh Wolves pada hujung perlawanan.

“Menjaga gawang tanpa dibolosi sebarang gol adalah sesuatu yang sangat menyenangk­an hati. Saya tidak rasa kekasaran pertama adalah kad kuning. Saya rasa Hamza tidak bernasib baik,” kata Rodgers.

“Ia adalah permainan itu sekarang, jari kaki kecil ofsaid. Mereka pasti rasa ia terlalu kejam,” tambahnya mengenai keputusan VAR.

Wolves sudah kembali daripada cuti musim salji di Sepanyol untuk perlawanan ke-42 pada musim yang meletihkan selepas ia bermula dengan aksi Liga Europa pada Julai tahun lepas.

Namun mereka tidak pernah kelihatan letih dalam perlawanan yang kasar dan naik ke tangga ketujuh dalam carta liga.

Pedro Neto lari ke dalam kawasan penalti Leicester dan menjumpai Jota pada awal perlawanan tetapi rembatan rendah pemain sayap Wolves itu dihalang oleh kaki penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel.

Neto sekali lagi menjadi pembekal bola apabila Leander Dendoncker melakukan tandukan yang tersasar bola terus kepada Rui Patricio dari tendangan penalti James Maddison.

Pemain pertahanan Wolves Matt Doherty memerlukan rawatan yang lama untuk menutup luka besar yang menyebabka­n darah mencurah dari kepalanya selepas dai berlaga dengan Maddison.

Doherty pada akhirnya dapat meneruskan permainan dan memainkan peranan dalam gerakan yang hampir memberi gol pembukaan kepada Wolves pada minit ke-44.

Bola hantaran lintang Neto ditolak oleh Doherty kepada Boly dan dia menanduk bola ke dalam gawang, tetapi VAR membatalka­n jaringan itu kerana ofsaid yang amat tipis sekali terhadap Jota, yang menghantar bola kepada Neto dalam gerakan awal.

Kapten Wolves Conor Coady berang dengan pengadil Mike Dean ketika pemain meninggalk­an padang pada waktu rehat, dan dilaporkan menjerit “Anda dalah pengadil tetapi anda juga tidak tahu” kepada pengadil itu.

VAR memihak kepada Wolves selepas waktu rehat apabila Maddison dipercayai telah ditolak sehingga terjatuh oleh Romain Saiss dalam kawasan penalti, dan Dean memberikan tendangan gol dan sistem reviu tersebut menyokong penilaiann­ya.

Ia adalah giliran Leicester pula untuk menderita di tangan Dean sekali lagi pada minit ke-76.

Selepas dilayangka­n kad kuning, Choudhury tergelinci­r dan tidak dapat mengawal bola, dan dia bertindak balas dengan satu terjahan yang menjatuhka­n Dendoncker.

Wolves hampir mengambil kesempatan ke atas kelebihan jumlah pemain mereka apabila pemain gantian Adama Traore menendang bola kepada Raul Jimenez yang melakukan tandukan yang melepasi palang gol.

Jimenez melakukan kegagalan yang lebih buruk lagi pada akhir perlawanan apabila dia sekali lagi tidak dapat melakukan tandukan dengan kemas menuju sasaran selepas menerima bola daripada Joao Moutinho. — AFP

Ia adalah satu realiti sekarang tetapi setiap kali ia berlaku, ia mengecewak­an anda. Apabila anda melihat imej, kelebihan jelas tidak ada tetapi undangunda­ng adalah undang-undang.

Nuno Espirito Santo

Pengurus Wolverhamp­ton Wanderers

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolves dan Leicester City di Stadium Molineux di Wolverhamp­ton, England.
— Gambar AFP SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolves dan Leicester City di Stadium Molineux di Wolverhamp­ton, England.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia