Utusan Borneo (Sarawak)

Haaland jaringkan gol kesembilan­nya

-

BERLIN: Penyerang remaja Norway Erling Braut Haaland menjaringk­an sembilan gol dalam enam perlawanan untuk Borussia Dortmund selepas dia menyumbatk­an gol sekali lagi dalam kemenangan 4-0 ke atas Eintracht Frankfurt pada Jumaat.

Dortmund bermain dengan baik menjelang perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir dalam Liga Juara-Juara pada Selasa ini, perlawanan di stadium sendiri menentang Paris SaintGerma­in, yang dibimbing oleh bekas pengurus Borussia, Thomas Tuchel, dan kemenangan meyakinkan ini meletakkan mereka di tempat kedua dalam Bundesliga.

Mereka duduk satu mata di belakang pendahulu Bayern Munich, yang menentang kelab bermasalah Cologne pada malam ini (Ahad).

Selepas jaringan daripada Lukasz Piszczek dan Jadon Sancho, Haaland sekali lagi menunjukka­n penyudah yang tajam untuk merembat masuk boladaripa­dasatuhant­aranpada babak kedua dan meneruskan kecemerlan­gannya sebelum Raphael Guerreiro menambah gol keempat yang lewat.

Haaland, yang berusia 19 tahun dan menjaringk­an 28 gol dalam 22 perlawanan pada musim ini untuk Salzburg sebelum Dortmund membayar 20 juta euro (RM96 juta) bagi mendapatka­nnya, sekarang sudah menjaringk­an lapan gol dalam lima perlawanan liga, dan satu dalam kekalahan 3-2 kepada Werder Bremen dalam Piala Jerman.

Pemain remaja itu digantikan 12 minit sebelum tamat dan menerika tepukan gemuruh daripada 81,000 penonton.

Ini adalah kemenangan pertama Dortmund dalam tiga perlawanan ekoran kekalahan piala kepada Bremen dan kekalahan 4-3 pada Sabtu lepas di Leverkusen apabila mereka dibolosi dua gol pada saat-saat akhir perlawanan.

Selepas Guerreiro melakukan tendangan percuma yang terkena tiang gol untuk Dortmund pada awal perlawanan, pasukan tuan rumah menjaringk­an gol pendahulua­n menerusi pemain pertahanan kanan Piszczek.

Pemain antarabang­sa Poland

itu, yang menjadi kapten sementara selepas Marco Reus tidak dapat bermain kerana kecederaan kaki, merembat masuk bola dari jarak jauh dengan kaki kirinya pada minit ke-33.

Sancho dan Haaland, kedua-duanya berusia 19 tahun, kemudian memastikan keputusan tidak diragui dengan dua jaringan dalam masa empat minit selepas waktu rehat.

Pemain sayap England, Sancho, mempamerka­n kelasnya apabila hantaran jauh dari Axel Witsel menjumpain­ya di sayap kiri.

Dia meluru ke dalam kotak penalti sebelum dia menolak rembatanny­a melepasi penjaga gol Frankfurt Kevin

Trapp pada minit ke-50.

Sancho kemudian memainkan peranan dalam jaringan Haaland apabila dia memberi bola kepada Achraf Hakimi dan pemain sayap kanan itu membuat hantaran terakhir itu yang disumbat oleh pemain remaja Norway itu pada minit ke-54.

Ia menjadi pesta gol apabila Hakimi cuba menghantar bola ke belakang kepada Haaland, yang tidak dapat mengawal bola.

Barisan pertahanan Frankfurt menyekat bahaya itu tetapi bola hanya pergi sejauh Guerreiro, yang melakukan rembatan yang mencecah sudut bawah gawang pada minit ke-74. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Borussia Dortmund dan Frankfurt di Dortmund, Jerman.
— Gambar AFP PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Borussia Dortmund dan Frankfurt di Dortmund, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia