Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan atlet-atlet muda terbukti hebat

Sukan landasan terbaik bagi melahirkan pelajar cergas dari segi fizikal dan mental

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling menyifatka­n bidang sukan merupakan landasan terbaik melahirkan pelajar cergas dari segi fizikal dan mental.

Katanya, menerusi latihan konsisten dan seimbang pelbagai aspek merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan seperti olahraga mampu membentuk pelajar cergas, patuh dengan peraturan dan secara tidak langsung berhemah tinggi, bertanggun­gjawab, berdisipli­n dan mempunyai jati diri kental.

"Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan atlet muda kita yang berasal dari Perak, Muhammad Azeem Fahmi ketika itu baharu berusia 15 tahun mencatat masa 21.24 saat dalam acara 200m Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Johor pada April 2019.

"Ia meletakkan­nya sebagai pelari bawah 16 tahun terpantas dunia ketika itu dan terbaik sepanjang zaman dalam kategori usia 15 tahun.

"Jika kita memberi latihan sempurna, saya yakin atlet muda kita khususnya Azeem mampu bersaing positif dengan atlet-atlet lain tidak kira kejohanan peringkat kebangsaan atau dunia," katanya pada Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Bahagian Sibu Ke-54 di Stadium Tun

Zaidi, petang kelmarin.

Kejohanan bermula dari 12 hingga 14 Februari lalu dianjurkan oleh SMK Sacred Heart dan disertai seramai 1,094 atlet dari 34 sekolah menengah dan rendah di sini.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba, Pengetua SMK Sacred Heart, David Teo serta tetamu lain.

Ling berkata, kejohanan tersebut merupakan landasan kepada pelajar-pelajar mencungkil bakat mereka.

Menurutnya, apabila bakatbakat mereka tercungkil ini dapat menjadikan mereka sebagai atlet pelapis pada masa akan datang.

"Mereka akan dihantar ke kejohanan lebih besar bagi memastikan mereka terus bersaing dengan atlet-atlet lebih berpengala­man.

"Sebagai contoh, mereka memenangi setiap acara dipertandi­ng dihantar ke kejohanan peringkat negeri memastikan kita tidak ketandusan atlet-atlet di peringkat negeri," jelasnya.

Beliau berkata, pencarian atlet-atlet peringkat bahagian terus dilakukan dari semasa ke semasa agar tidak ketandusan atlet-atlet mengharumk­an nama Bahagian Sibu.

"Apa kita inginkan ialah wargaSibua­taurakyatS­arawak menjadi lubuk pencarian atlet bagi melahirkan insan seperti Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Nicol David (skuasy) dan Watson Nyambek (olahraga) dan pelbagai kejohanan yang disertainy­a," katanya.

Ling berkata, kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara atau pemenang namun lebih penting memberi pendidikan tidak langsung kepada pelajar-pelajar mencapai kejayaan.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Ling (berdiri, lima kiri), Ahli (berdiri, lima kanan), Teo (berdiri, empat kiri) serta yang lain bersama atlet terbaik Olahraga MSS Bahagian Sibu kelmarin.
BERSEMANGA­T: Ling (berdiri, lima kiri), Ahli (berdiri, lima kanan), Teo (berdiri, empat kiri) serta yang lain bersama atlet terbaik Olahraga MSS Bahagian Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia