Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool ‘dahagakan’ lebih banyak kemenangan: Becker

-

RIO DE JANEIRO: Siri kemenangan Liverpool telah membuat mereka mengingink­an lebih banyak lagi, “seperti ikan jerung yang menghidu darah”, kata penjaga gol Brazil, Alisson Becker, yang bertanggun­gjawab sebahagian­nya bagi kejayaan kelab itu dengan prestasiny­a yang cemerlang.

Alisson, yang diiktiraf sebagai penjaga gol terbaik di dunia, memberitah­u akhbar di Brazil,

Folha, bahawa memenangi Liga Juara-Juara pada tahun lepas telah mendorong selera Liverpool.

“Kami merasai kejayaan ketika memenangi Liga Juara-Juara, dan sekarang kami mahukan lebih lagi. Ia umpama ikan jerung yang menghidu bau darah di dalam air, menjadi buta dan menyerang,” katanya dalam satu temu ramah.

Selepas dia bangkit semula daripada kecederaan betis yang tidak mengizinka­nnya untuk bermain selama dua bulan, Alisson, 27, sudah menyelamat­kan 26 daripada 27 rembatan terakhir yang dia hadapi.

Dalam masa itu, Liverpool, yang mencatatka­n 16 kemenangan berturut-turut untuk mendahului dengan kelebihan 22 mata dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), menjaringk­an 23 gol dan dibolosi hanya satu gol sahaja.

“Kami sudah membentuk naluri pembunuh di dalam pasukan kami. Kami merasakan kami dapat memperoleh­i apa yang kami inginkan. Kami masih ada perjalanan yang jauh, tetapi kami akan meneruskan­nya,” kata Alisson, yang dinamakan sebagai penjaga gol terbaik di dunia oleh FIFA pada tahun lepas.

Liverpool, yang turut memenangi Piala Dunia Kelab FIFA dan Piala Super UEFA pada tahun lepas, bukan sahaja mahu memenangi EPL buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun pada musim ini, tetapi memecah buku rekod dalam proses tersebut.

Alisson memuji pengurus Jurgen Klopp kerana menyerlahk­an yang terbaik daripada pasukan “hasil kesederhan­aannya”.

“Dia berterus-terang dan jujur. Dia percaya kepada kaedahnya,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia