Utusan Borneo (Sarawak)

MSSB Sarikei: SMK Julau juara keseluruha­n

-

SARIKEI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Sarikei ke-46 2020 di sini petang kelmarin.

Naib juara menjadi milik pasukan SMK Julau No.2 manakala tempat ketiga ialah SMK Bandar Bintangor.

Bagi kategori Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sarikei, tempat pertama MSSD Meradong, kedua dimenangi MSSD Sarikei dan ketiga ialah MSSD Julau.

Pelajar SMK Tong Hua, Wong Yew In dinobatkan olahragawa­n manakala olahragawa­ti dinobatkan kepada pelajar SMK Bandar Bintangor, Lvy Nayan Banyah.

Peserta terbaik mengikut kategori umur mencatat rekod baharu kategori wanita 12 tahun ke bawah, Alysiana Jennes James dari MSSD Meradong dalam acara 80 meter lari berpagar.

Kategori wanita 14 tahun, pelajar SMK Bandar Bintangor iaitu Elizabeth Tipong mencipta rekad baharu dalam dua acara iaitu 100 meter dan 200 meter.

Pelajar SMK Tong Hua, Tang Shi Ung berjaya mencipta rekod baharu acara lontar peluru kategori wanita 15 tahun.

Lvy Nayan dari SMK Bandar Bintangor mencipta rekod baharu dan mengatasi rekod MSSS dalam acara 2,000 meter lari berhalanga­n dan mencipta rekod baharu acara 1,500 meter wanita 18 tahun.

Bagi kategori lelaki 12 tahun, pelajar MSSD Meradong, Darren Andum berjaya mencipta rekod baharu dalam acara 200 meter.

Pelajar SMK Julau, Ninting Kanuan mencipta rekod baharu acara lompat jauh kategori lelaki 14 tahun sementara Wong Yew In (SMK Tong Hua) kategori lelaki 15 tahun mencipta rekod baharu dan mengatasi rekod MSSS acara baling tukul besi.

Donny Patrick dari SMK Bandar Bintangor berjaya mencipta rekod baharu acara 400 meter lari berpagar bagi kategori lelaki 18 tahun.

Kejohanan berlangsun­g di Kompleks Sukan Sarikei disertai 13 sekolah menengah di sini dan tiga daerah iaitu Majlis Sukan Sekolah Daerah Sarikei, Meradong dan Julau.

Ia bagi memilih wakil MSSB Sarikei ke kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS) dijadualka­n berlangsun­g pada 2 hingga 5 Mac depan di Sarikei.

Hadiah disampaika­n Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Sarikei merangkap Yang Dipertua MSSB Sarikei, Lau Ngie Tung dan Pengerusi Pengelola merangkap Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Bahagian Sarikei, Vincent Leong.

 ??  ?? JUARA: SMK Julau muncul juara Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sarikei Ke-46 kelmarin.
JUARA: SMK Julau muncul juara Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sarikei Ke-46 kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia