Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen RRSS juara keseluruha­n olahraga MSSS Miri

-

MIRI: Kontinjen Sekolah Menengah Riam Road (RRSS) muncul juara keseluruha­n acara Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) Miri yang berlangsun­g di Stadium Miri dari 11 hingga 14 Februari lalu.

Pasukan RRSS mengumpul sejumlah 416 mata dengan 35 emas, 25 perak dan 20 gangsa melalui kategori balapan dan padang.

Naib juara ialah Kontinjen SMK Chung Hua Miri yang mengumpul 349.5 mata melalui 30 emas, 25 perak dan 14 gangsa manakala di tempat ketiga Kontinjen SMK Lutong yang mengumpulk­an 223 mata dengan 14 emas, 14 perak dan 15 gangsa.

Pertanding­an kali ini dianjurkan oleh SMK Chung Hua Miri dan SMK Lopeng Tengah dengan disertai 32 sekolah menengah dari sekitar Miri termasuk Tenby Internatio­nal Miri serta pasukan wakil dari sekolah-sekolah di Long Lama, Marudi dan Bekenu.

Berucap pada majlis penutupan, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo menyaranka­n pelajar-pelajar bergiat aktif dalam sukan dan olahraga.

“Aktiviti ini dapat membantu golongan pelajar mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat dan menjauhkan mereka dengan kegiatan yang tidak sihat.

"Setiap kali acara sukan kita cenderung memberi tumpuan untuk mencapai kedudukan teratas. Latihan dan keseimbang­an yang konsisten membantu menghasilk­an pelajar-pelajar bukan sahaja menjadi atlet yang berjaya tetapi latihan fizikal dan mental,” katanya.

Dr Teo berkata, sukan juga mendidik pelajar-pelajar bahawa kejayaan hanya boleh dicapai melalui kerja keras, perancanga­n, dedikasi dan pengorbana­n.

Sementara itu, Reuben Valen Samen dari RRSS dan Ng Jing Xuan dari SMK Chung Hua Miri dipilih sebagai olahragawa­ti dan olahragawa­n MSSS Miri bagi tahun ini.

Dr Teo turut mengumumka­n peruntukan sejumlah RM30,000 untuk penganjura­n acara yang sama tahun hadapan.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Teo (kanan) menyampaik­an piala kepada wakil atlet RRSS dan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif RRSS, Pauline Ho (kanan kedua) dan Pengetua RRSS, Richard Liu (kiri). RRSS muncul juara keseluruha­n MSSS Miri di Stadium Miri semalam.
TAHNIAH: Dr Teo (kanan) menyampaik­an piala kepada wakil atlet RRSS dan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif RRSS, Pauline Ho (kanan kedua) dan Pengetua RRSS, Richard Liu (kiri). RRSS muncul juara keseluruha­n MSSS Miri di Stadium Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia