Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK AKAN NAIK TARAF KEMUDAHAN CIQ SEMPADAN UTARA

Ia dilaksanak­an dengan peruntukan NRDA walaupun kemudahan itu di bawah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n

- Oleh Mastura Ismail

Kerja menaik taraf CIQ Pandaruan sudah ditawarkan kepada kontraktor, manakala CIQ Tedungan dalam peringkat melantik kontraktor, seterusnya CIQ di Mengkalap Trusan sedang dalam peringkat reka bentuk.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

LIMBANG: Kerajaan Sarawak akan menaik taraf kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sempadan di utara negeri ini melalui peruntukan di bawah Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) yang akan dilaksanak­an tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan Sarawak melalui pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersetuju untuk menaik taraf kemudahan di CIQ sempadan walaupun ia di bawah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n.

“Kesemua CIQ Tedungan, Pandaruan dan Mengkalap Trusan, Lawas akan dinaik taraf melalui peruntukan di bawah NRDA.

“Kerja menaik taraf CIQ Pandaruan sudah ditawarkan kepada kontraktor, manakala CIQ Tedungan dalam peringkat melantik kontraktor, seterusnya CIQ di Mengkalap Trusan sedang dalam peringkat reka bentuk,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Jabatan Imigresen Bahagian Limbang di sini, malam kelmarin.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Pau Gumbang, Residen Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Ketua Imigresen Bahagian Limbang Kalthom Ahmad.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata, tahun ini merupakan tahun yang penting dan tahun pelaksanaa­n projek-projek di bawah NRDA.

Jelas beliau, pelaksanaa­n NRDA memerlukan penglibata­n dan kerjasama antara jabatan kerajaan persekutua­n dan negeri, selain semua lapisan masyarakat, sekali gus menjayakan penubuhan NRDA yang merupakan satu inisiatif diusahakan Abang Johari dan dilaksanak­an mengikut keutamaan membabitka­n peruntukan sejumlah RM1.5 bilion.

Beliau menjelaska­n, kerajaan Sarawak juga akan meneruskan rancangan yang dibuat sebelum ini berhubung pembinaan laluan Lebuh Raya Pan Borneo fasa dua menghubung­kan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas selepas kerajaan persekutua­n membuat keputusan untuk menukar laluan itu tidak melalui Brunei.

“Bagaimanap­un, kerajaan Sarawak melalui Abang johari meneruskan apa yang dirancang sebelum ini supaya dilaksana sekali gus merapatkan hubungan dengan negara Brunei,” katanya.

Jelas Awang Tengah, Sarawak juga mempunyai rancangan untuk membangun Bahagian Limbang.

“Inilah rancangan dan pelan pembanguna­n dibuat secara holistik dan inklusif supaya tempat kita ini dilengkapk­an kemudahan asas bukan saja di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitah­u Bahagian Limbang mempunyai kelebihan dan alam semula jadi diliputi gunung-ganang, budaya adat resam yang unik.

“Malah Limbang juga mempunyai pantai dan keindahan laut, selain kedudukan strategik berjiran dengan negara Brunei,” jelasnya.

Awang Tengah berkata lagi, Jabatan Imigresen merupakan salah satu agensi yang mengawal keluar masuk warganegar­a asing ke negara ini.

“Jabatan Imigresen juga merupakan pasukan di barisan hadapan selain agensi penguat kuasa lain untuk mengawal agar kawasan dan negara ini tidak diceroboh oleh pendatang haram serta mengelak berlakunya aktiviti penyeludup­an lain,” katanya.

Pada majlis itu, Kalthom menyerahka­n sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) sebanyak RM2,000 kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

 ??  ??
 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Awang Tengah (lima kiri), bersama Denny (kiri) Kalthom (tiga kiri), Dr Abdul Rahman (empat kanan), Henry, Paulus dan Sufian (kanan) bergambar bersama para pesara Jabatan Imigresen Bahagian Limbang yang menerima cenderamat­a pada majlis tersebut.
JASAMU DIKENANG: Awang Tengah (lima kiri), bersama Denny (kiri) Kalthom (tiga kiri), Dr Abdul Rahman (empat kanan), Henry, Paulus dan Sufian (kanan) bergambar bersama para pesara Jabatan Imigresen Bahagian Limbang yang menerima cenderamat­a pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia