Utusan Borneo (Sarawak)

SMK SACRED HEART UNGGULI MSSS SIBU

Sekolah itu merangkul dua gelaran juara keseluruha­n bagi kategori lelaki bawah 18 tahun, lelaki bawah 15 tahun

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: SMK Sacred Heart muncul johan keseluruha­n buat kali ke-7 berturut-turut pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sarawak (MSSS) Bahagian Sibu edisi ke-54 di Stadium Tun Zaidi, petang kelmarin.

Sekolah itu merangkul kedua-dua gelaran juara keseluruha­n kategori lelaki bawah 18 tahun dan lelaki bawah 15 tahun tetapi tewas kepada SMK Sedaya, Kanowit dalam kategori lelaki bawah 14 tahun.

Ketua jurulatihn­ya, Ting Kung Jin mengakui agak mengecewak­an prestasi atletatlet­nya bagi kategori lelaki bawah 14 tahun.

Beliau berkata, terdapat beberapa kekurangan mereka pelajari terutamany­a kategori lelaki bawah 14 tahun kerana menyapu bersih kategori itu dalam lima edisi kejohanan terdahulu.

"Beri jaminan. Kami berusaha keras dan diharapkan terus bertahan dalam semua kategori pada kejohanan masa depan," katanya ditemui pada penutupan kejohanan itu kelmarin.

Majlis itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling.

Kejohanan dianjurkan SMK Sacred Heart disertai seramai 1,094 atlet dari 34 sekolah menengah dan rendah di sini.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba, Pengetua SMK Sacred Heart, David Teo serta tetamu lain.

Bagi kategori lelaki bawah 18 tahun, SMK Sacred Heart mengumpul 160 mata mengatasi saingan terdekatny­a SMK Sedaya, Kanowit mendapat 100 mata diikuti SMK Kanowit dengan 76 mata.

Bagi kategori lelaki bawah 15 tahun, SMK Sacred Heart memperoleh­i sebanyak 119 mata berbanding SMK Kanowit (94.5 mata) dan SMK Sedaya dengan 84 mata.

Untuk kategori lelaki bawah 14 tahun, SMK Sedaya, Kanowit mengunggul­inya dengan mengumpul sebanyak 91 mata diikuti SMK Sacred Heart (78 mata) dan SMK Kanowit mendapat 65.5 mata.

Ting berkata, atlet-atletnya beraksi cemerlang ialah Lucas Wong apabila berjaya memecahkan dua rekod termasuk satu rekod negeri.

Rekod negeri dipecahnya dalam acara lelaki bawah 18 tahun larian terbuka 3,000m apabila mencatatka­n masa 9:49.90s sementara rekod sekolah melalui acara 2,000m (6:43.2s).

Atas kecemerlan­gan itu, Lucas dipilih sebagai olahragawa­n terbaik bagi kategori lelaki bawah 18 tahun.

Seorang lagi peserta, Benedict Dennis memenangi tiga emas acara larian 100m, 200m dan 4x100m dan satu perak acara lari berganti 4x400m sekali gus muncul olahragawa­n terbaik dalam kategori lelaki bawah 15 tahun.

Ting berkata, atlet-atlet sekolah itu menjalani latihan secara kerap di bawah pelbagai jurulatih termasuk Ling Ngie Ming, Tang Chuo Kiew, Cheng Fan Kong, Phan Fuo

Sze dan Marshall.

"Semua jurulatih bekerja keras memastikan sekolah kita mengekalka­n kecemerlan­gan merupakan keunggulan tradisi sekolah kita dalam beberapa dekad lalu," katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru, bekas pelajar dan Teo kerana menunjukka­n sokongan tidak putus-putus kepada pasukan olahraga sekolah tersebut.

 ??  ??
 ??  ?? KAMI JUARA: Kontinjen SMK Sacred Heart bersama Teo (berdiri, dua kanan) serta barisan jurulatih selepas dinobatkan juara Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Sibu, petang kelmarin.
KAMI JUARA: Kontinjen SMK Sacred Heart bersama Teo (berdiri, dua kanan) serta barisan jurulatih selepas dinobatkan juara Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Sibu, petang kelmarin.
 ??  ?? TERBAIK: Oscar (dua kanan) sambil disaksikan Ahli (kanan) serta yang lain menyampaik­an piala kejuaraan kepadaTeo dan atletnya mengunggul­i Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Sibu.
TERBAIK: Oscar (dua kanan) sambil disaksikan Ahli (kanan) serta yang lain menyampaik­an piala kejuaraan kepadaTeo dan atletnya mengunggul­i Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia