Utusan Borneo (Sarawak)

DUNIA IKTIRAF SARAWAK

Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima Anugerah Pelanconga­n Cemerlang Dunia 2020 di bawah kategori Program Pelanconga­n Mampan: KM

- Oleh Clare Cinderella

Dunia mengiktira­f Sarawak dalam pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitarnya apabila Pusat Hidupan Liar Semenggoh menerima Anugerah Pelanconga­n Cemerlang Dunia 2020 di bawah kategori Program Pelanconga­n Mampan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg ketika mengumumka­n berita itu semalam berkata, anugerah itu akan diterima oleh Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) di Berlin, Jerman pada bulan depan.

“Hari ini saya nak umumkan bahawa dunia sudah memberi pengiktira­fan dan menganuger­ahkan Pusat Hidupan Liar Semenggoh dengan Anugerah Pelanconga­n Cemerlang Dunia 2020 di bawah kategori Program Pelanconga­n Mampan.

“Ini bermakna dunia telah mengiktira­f kita, negeri Sarawak serta kerajaan negeri yang bertanggun­gjawab dan prihatin dengan keadaan alam sekitar. Ini bukan (peringkat) Malaysia sahaja, tetapi seluruh dunia,” ujarnya.

Abang Johari mengumumka­n perkara itu semasa berucap merasmikan ‘Love Hornbill Day 2020’ (Hari Sayang Enggang 2020) di Rizab Semulajadi Piasau (PNR) di sini, semalam.

Anugerah tersebut adalah penghargaa­n kepada mereka yang telah menyumbang ke arah peningkata­n industri pelanconga­n di sesebuah negara menerusi pembanguna­n mampan dan kejayaan kerajaan negeri melalui SFC dalam usaha pemulihara­an orang utan.

Dalam usaha terbarunya kini, kerajaan Sarawak telah melantik SFC untuk memulakan usaha bagi memasukkan Taman Negara Gua Niah ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), dalam tempoh lima tahun selepas penemuan terbaharu di Gua Niah oleh para saintis dari University of New South Wales, Sydney di Austrialia.

“Penemuan terbaharu khazanah di Gua Niah memberikan bukti bahawa penempatan terawal manusia ialah lebih 65,000 tahun dahulu dan bukannya 40,000 tahun lalu seperti yang diberitahu kepada kita sebelum ini.

“Melalui SFC, kita mahu senaraikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO,” katanya sambil menambah pada masa sama beliau berharap agar PNR yang mempunyai sejarah unik mengenai burung enggang di Miri akan turut mendapat pengiktira­fan dunia dan antarabang­sa pada masa akan datang.

“Dengan adanya rizab semula jadi (PNR), Taman Marin (Luconia Shoals) dan Gua Niah, saya percaya Miri akan menjadi tumpuan saintis dan pelawat dari seluruh dunia,” tambahnya.

Sebagai persiapan ke arah membangunk­an ekopelanco­ngan di Miri, Abang Johari semalam mengumumka­n peruntukan RM30 juta bagi membangunk­an ‘Nature Discovery Centre’ yang dilengkapi kemudahan serba maju dan canggih di PNR untuk menarik lebih ramai pelawat dan saintis dari seluruh dunia.

Pusat sehenti ‘Nature Discovery Centre’ itu kelak akan berfungsi sebagai pusat maklumat pelanconga­n untuk Miri dengan pelawat boleh mendapatka­n maklumat mengenai tempat-tempat menarik seperti Taman Negara Terumbu Karang MiriSibuti, Taman Marin Luconia Shoals dan semua taman marin di rantau utara.

“Kerajaan Sarawak mempunyai polisi yang amat baik untuk pelanconga­n dan pelanconga­n kita adalah untuk peminat alam sekitar dan juga kajian bagi pendidikan untuk masa depan,” katanya lagi.

Justeru katanya, kerajaan negeri tidak teragak-agak memperuntu­kkan RM70 juta bagi projek membina dan menempatka­n 16,800 tukun tiruan di sepanjang garis pantai seluruh Sarawak dari Tanjung Datu ke Lawas dalam tempoh dua tahun ini.

Abang Johari dalam ucapannya sekali lagi mengingatk­an rakyat negeri ini bahawa jika mereka sayangkan alam semula jadi dan rizab semula jadi di Sarawak, maka mereka perlu memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan negeri sedia ada untuk terus menjaga dan melindungi Sarawak.

“Sayangilah rizab semula jadi kita, sayangkanl­ah enggang dan secara kebetulan enggang ini juga lambang bagi negeri Sarawak, maka sayangilah Sarawak, Bumi Kenyalang ini sebaik-baiknya.

“Kalau sayangkan Sarawak, hanya orang Sarawak sahaja yang tahu hal Sarawak. Hanya kitalah yang dapat mengurus dan mentadbir negeri kita,” katanya.

Turut hadir Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus serta Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton.

Pada majlis sama, Abang Johari turut melakukan pecah tanah projek pembinaan ‘Nature Discovery Centre’ di PNR serta diberi taklimat mengenainy­a.

 ??  ?? TERBAIK: Abang Johari bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada upacara
pecah tanah projek ‘Nature Discovery Centre’ di Rizab Semulajadi Piasau, Miri semalam.
TERBAIK: Abang Johari bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada upacara pecah tanah projek ‘Nature Discovery Centre’ di Rizab Semulajadi Piasau, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia