Utusan Borneo (Sarawak)

Warga perfileman Perancis tuntut pembaharua­n dalam Akademi Cesar

-

LEBIH 200 pelakon, penerbit, pengarah dan personalit­i filem telah menuntut ‘pembaharua­n besar-besaran’ kepada versi Perancis bagi badan eksekutif Anugerah Oscar, iaitu Akademi Cesar, yang mereka tuduh sudah hilang sentuhan.

Akademi itu sudah pun menerima kritikan selepas filem baharu arahan Roman Polanski ‘An Officer and a Spy’ menduduki tempat teratas senarai pencalonan untuk anugerah Cesar pada tahun ini yang akan disampaika­n pada 28 Februari.

Polanski dikehendak­i di Amerika Syarikat sejak 1978 kerana merogol seorang gadis berumur 13 tahun dan ‘persona non grata’ (tidak boleh diterima) di Hollywood.

Namun Akademi Cesar juga telah dikritik dengan meluas kerana didakwa mengetepik­an pengarah Claire Denis dan penulis Virginie Despentes, keduaduany­a dianggap aktivis feminis, dari satu majlis untuk mengumumka­n caloncalon bagi anugerah Cesar pada tahun ini.

Dalam sepucuk surat terbuka, puluhan personalit­i industri filem termasuk pelakon-pelakon Omar Sy, Berenice Bejo dan Jean-Pierre Bacri, penerbit adik-beradik Eric dan Nicolas Altmayer, dan pengarah Jerome Salle, mengecam ‘disfungsi’ di akademi tersebut dan ‘kelegapan’ akaun-akaunnya.

Mereka juga mengadu bahawa statut asas Anugerah Cesar tidak dipinda ‘bagi jangka waktu yang sangat lama’ dan hampir 5,000 ahli akademi yang membayar yuran tidak diberi undi atau tidak dapat memberi pendapat dalam keputusan yang dibuatnya.

Lembaga akademi, dalam jawapan kepada surat berkenaan, berkata ia akan meminta Pusat Perfileman Nasional, sebuah agensi kementeria­n kebudayaan, untuk melantik perantara yang akan bertanggun­gjawab bagi ‘pembaharua­n mendalam’ kepada statut dan urus tadbirnya.

Sebelum ini pengumuman telah dibuat mengenai langkah untuk meningkatk­an perwakilan wanita dalam keahlian dan perwakilan­nya.

Penyertaan filem Polanski dalam senarai pendek Anugerah Cesar dikecam oleh menteri kesamarata­an Perancis, kumpulan wanita dan pengkritik filem, tetapi Akademi Cesar berkata ia tidak boleh dijangkaka­n untuk mengambil ‘pendirian moral’ apabila memberi anugerah untuk filem.

Beberapa kumpulan feminis Perancis, termasuk kolektif Osez Le Feminisme! (Cabaran Feminisme!), menerbitka­n sepucuk surat terbuka dalam laman sesawang akhbar harian Le Parisian lewat Rabu untuk menggesa pengundi Cesar menolak filem Polanski, yang bertajuk ‘J’accuse’ di Perancis.

“Untuk meraikan seorang perogol seperti Polanski adalah untuk menyokong sistem yang tidak menghukum keganasan lelaki, dan menyenyapk­an suara mangsa,” kata surat itu.

Kumpulan feminis terbabit juga mengumumka­n tunjuk perasaan di luar majlis anugerah berkenaan yang akan diadakan di auditorium Salle Pleyel, Paris. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia