Utusan Borneo (Sarawak)

‘Knives Out’ francais seterusnya selepas ‘Star Wars’

-

misteri pembunuhan yang popular ‘Knives Out’ bakal menjadi francais filem penyiasata­n, di mana penyiasat lelaki budiman Selatan lakonan Daniel Craig akan menangani suspek-suspek yang sama sekali baharu, kata penciptany­a kepada AFP.

Filem 2019 itu ternyata amat berjaya sekali bagi penulis-pengarah Rian Johnson, sebelum ini paling terkenal kerana filem blokbuster yang memecah-belah peminat ‘Star Wars: The Last Jedi’.

Sebagai penghormat­an Agatha Christie tentang seorang ketua keluarga yang dibunuh di rumah agamnya yang besar dan luas, Knives Out pada Selasa lepas melepasi AS$300 juta di ‘box office’ global, walaupun mempunyai bajet sekadar AS$40 juta.

“Ia sentiasa ada dalam kepala saya bahawa jika ini berjaya, maka ia pasti amat seronok untuk membuat lebih banyak lagi filem seperti ini,” kata Johnson.

Filem itu dicalonkan untuk anugerah lakon layar asal terbaik Oscar – tetapi tewas kepada ‘Parasite’ yang mencipta sejarah – dan pada minggu lepas studio Lionsgate mengesahka­n sebuah sekuel.

“Ia sebenarnya lebih umpama satu lagi kes, satu lagi kumpulan suspek, jenis misteri lain, tetapi dengan watak Benoit Blanc lakonan Daniel di sana untuk menyelesai­kannya,” kata Johnson.

Dia sudah mula menulis filem kedua, dengan jalan cerita yang dirahsiaka­n – “Saya baru bermula untuk mencari-cari bahan. Satu pembunuhan akan berlaku, saya boleh sebut itu!”

Tetapi ia akan memaparkan ‘barisan pelakon yang baharu sama sekali dan lokasi yang baharu sama sekali dan segalanya’.

Filem pertama berbangga dengan barisan pelakon yang menarik termasuk ‘Captain America’ Chris Evans, Ana de Armas yang bakal menjadi gadis Bond, dan aktres veteran Jamie Lee Curtis.

“Itulah satu lagi perkara yang menyeronok­kan apabila kita memikirkan tentang filem seterusnya …pelakon lain manakah yang kita dapat tarik ke dalam filem ini?” kata Johnson.

Bilik dengan panel kayu

Johnson mula-mula muncul dengan idea mengenai Knives Out sedekad lalu.

Selepas mengambil masa selama empat tahun untuk membuat filem angkasa epik The Last Jedi yang keluar pada 2017 untuk Disney, Johnson ingin sekali bertukar dengan cepat kepada sesuatu yang sama sekali jauh dari ‘dunia pembikinan filem besar’ itu.

“Saya seronok sekali membuat ‘Star Wars’... Saya benar-benar seronok dengan aspek itu,” kata Johnson.

Namun idea bagi sesebuah filem yang “kita dapat buat dengan cepat, dan hanya berseronok dengan para pelakon yang bercakap dalam bilik dengan panel kayu – anda dapat lihat bagaimana ia boleh menjadi sesuatu yang menarik,” tambahnya.

Johnson masih dikaitkan dengan trilogi Star Wars yang baharu sama sekali, selepas ia diumumkan pada 2017 tetapi dihantui khabar angin bahawa ia sudah dibatalkan selepas Last Jedi yang bersifat eksperimen menimbulka­n kemarahan peminat tegar.

“Saya masih mempunyai hubungan yang amat baik dengan Lucasfilm dan belum ada apa yang telah diumumkan,” kata Johnson.

‘Foghorn Leghorn’

Selain formula penyiasat tradisiona­l, Knives Out menerima pujian kerana aspek komedinya, termasuk gambaranny­a yang bersifat satira mengenai prejudis keluarga kaya.

Dan sudah tentulah, kita ada loghat ‘deep South’ pelakon 007 dari Britain, Craig, berdasarka­n mendiang ahli sejarah Perang Saudara Amerika, Shelby

Foote.

“Ia akhirnya menjadi seperti Shelby Foote menerusi Foghorn Leghorn,” kata Johnson sambil bergurau.

“Dia akan tanya, ‘Adakah itu keterlalua­n?’ Dan saya akan jawab, ‘Tidak, teruskan!’”

Loghat itu diejek oleh segelintir penonton tetapi Johnson menegaskan loghat Craig yang sengaja ‘berperikem­anusiaan dan ala badut tidak pernah sekadar seperti satu gurauan’.

“Ia memerlukan seorang pelakon yang benar-benar bagus untuk bercakap besar dan kekal tulen.”

Walaupun Craig adalah pelakon tunggal yang akan membawa semula wataknya, tema-tema sosial dan kelas dari Knives Out kemungkina­n besar akan kembali.

Genre itu memberi peluang yang amat baik untuk menangani isu-isu sosial tanpa kelihatan seperti bersyarah atau berkhutbah, kata Johnson.

“Dalam filem penyiasata­n, anda ada mikrokosma masyarakat yang kecil ini dengan kumpulan suspek anda,” katanya.

“Sama seperti Christie menggunaka­n genre itu untuk mengalih ‘lensa kepada masyarakat kontempora­ri di Britain pada zamannya’, francais itu menawarkan peluang yang amat baik sekali kepada saya untuk membawanya ke zaman moden di Amerika dan mengalih lensa sedikit kepada diri kita sendiri,” tambahnya.

‘Knives Out’ dikeluarka­n dalam bentuk DVD, Bluray dan 4K Ultra HD oleh Lionsgate pada 25 Februari. – AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RANCANG FRANCAIS: Rian Johnson dan isteri Karina Longworth tiba pada majlis anugerah Oscar di Dolby Theatre in Hollywood, California, baru-baru ini.
— Gambar AFP RANCANG FRANCAIS: Rian Johnson dan isteri Karina Longworth tiba pada majlis anugerah Oscar di Dolby Theatre in Hollywood, California, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia