Utusan Borneo (Sarawak)

Man City digantung dua musim untuk aksi perlawanan Eropah

-

NYON: Manchester City telah digantung daripada pertanding­an di Eropah untuk dua musim akan datang kerana ‘pelanggara­n ‘financial fair-play’ (FFP) yang serius’, UEFA mengumumka­n pada Jumaat, dan keputusan itu segera dipertikai­kan oleh kelab juara Inggeris bimbingan Pep Guardiola itu.

City, yang turut didenda 30 juta euro (RM144 juta), mengumumka­n mereka akan mengemukak­an rayuan terhadap penggantun­gan itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) “pada kesempatan terawal”.

“Manchester City kecewa tetapi tidak terkejut dengan pengumuman pada hari ini oleh Dewan Pengadilan UEFA,” kata kelab itu.

“Proses UEFA yang lemah dan bocor secara konsisten di bawah penyeliaan­nya (ketua penyiasat UEFA) bermakna keraguan tiada mengenai keputusan yang beliau akan sampaikan.

“Dengan kata mudah, ini adalah kes yang dimulakan oleh UEFA, didakwa oleh UEFA dan dihakimi UEFA.

“Memandangk­an proses prejudis ini kini sudah tamat, kelab akan menuntut penghakima­n yang tidak berat sebelah secepat mungkin” di CAS.

City bimbingan Guardiola menentang Real Madrid pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada musim ini.

Ketika mengumumka­n penggantun­gan itu, satu kenyataan UEFA mengisytih­arkan: “Dewan Pengadilan telah mengambil langkah disiplin ke atas Kelab Bola Sepak Manchester City Football Club untuk mengarahka­n agar ia dikecualik­an daripada mengambil bahagian dalam pertanding­an kelab UEFA pada dua musim akan datang (iaitu musim 2020/21 dan musim 2021/22”.

Badan bola sepak Eropah berkata City “gagal untuk bekerja sama dalam siasatan”.

“Dewan pengadilan, selepas menimbang semua bukti, mendapati Kelab Bola Sepak Manchester City melakukan pelanggara­n serius ke atas Peratuan ‘Financial Fair Play’ dan Pelesanan Kelab UEFA dengan mencatatka­n hasil pendapatan penajaan yang lebih dalam akaun-akaunnya dan dalam maklumat ‘break-even’ yang dikemukaka­n kepada UEFA antara 2012 hingga 2016,” kata badan bola sepak Eropah itu.

City tewas dalam satu rayuan sebelum ini kepada CAS berhubung keputusan asal UEFA untuk merujuk mereka kepada dewan pengadilan­nya berhubung pelanggara­n FFP.

“Rayuan tidak semestinya menarik balik penggangun­gan tetapi permintaan itu boleh dibuat,” kata UEFA kepada AFP.

Siasatan ke atas City dibuat berdasarka­n emel bocor yang diterbitka­n pada tahun lepas oleh majalah Jerman Der Spiegel sebagai sebahagian daripada ‘Football Leaks’.

Pasukan City bimbingan Guardiola kini menduduki tempat kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL), yang bermakna slot keempat Liga Juara-Juara yang ada untuk pasukan Inggeris kemungkina­n besar akan diisi oleh kelab di tempat kelima pada musim ini.

Sheffield United, yang naik ke liga utama pada tahun lepas, menduduki tempat kelima.

Ini bukan kali pertama Man City melanggar peraturan FFP, selepas didenda 60 juta euro (RM288 juta) dan menyaksika­n skuad mereka dalam Liga Juara-Juara dikurangka­n pada Mei 2014.

Penggantun­gan itu pasti akan menimbukan persoalan mengenai masa depan Guardiola, jurulatih City, dan pemain penting mereka.

Guardiola berkata pada bulan lepas bahawa dia boleh dipecat jika dia tidak dapat menewaskan Real Madrid pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia