Utusan Borneo (Sarawak)

ABC GUNUNG

- KARYA: R.A.M PAPAR

KEINGINAN Mira kian melonjak seakan tidak mampu ditahannya lagi. Dia ingin segera pulang ke rumahnya dan mengkhabar­kan pada kedua-dua adik kembarnya , Mimi dan Milah. Sudah pasti mereka berdua akan gembira. Demikianla­h andaian demi andaian bermain di kotak kepalanya.

Mira mengharapk­an apa yang telah ditemuinya ini, dapat menggembir­akan hati seisi keluargany­a nanti. Sudah sekian lama dia mengimpika­n detik dan saat seumpama itu menjelang tiba . Sepanjang perjalanan dia menyanyi-nyanyi kecil , jelas terbayang detik-detik bahagia bakal muncul dalam hidupnya. Sebaik saja sampai di pekarangan rumah dia segera meletakkan kereta Axia berwarna hijau , warna kegemarann­ya itu, bersebelah­an pula dengan kereta Honda milik ibunya. Dia begitu riang sekali, kegembiraa­n yang selama ini begitu sukar hendak ditafsirka­n dengan mata kasar. Hanya Mira saja yang tahu.

Mira sebagai anak kedua dari lima beradik tentu sajalah mengambil peranan dalam keluargany­a, setelah abang sulung yang diketahuin­ya meninggal, sewaktu masih di alam kanak-kanak lagi, tanpa tahu sebabnya. Ayah dan ibunya tidak pernah sekali pun menceritak­annya. Ah! Ada kemungkina­n Kesibukan mengejar kerjaya masingmasi­ng, membuatkan mereka langsung tidak ada ruang untuk memikirkan masa silam itu. Atau mungkin juga mereka sengaja menyibukka­n diri semata-mata tidak ingin kesedihan mengganggu prestasi kerja mereka. Itulah alasan Mira terhadap situasi mahupun perjalanan hidup kedua ibu bapanya.

Sesampai saja di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu. Mira segera melabuhkan punggungny­a di sofa lembut berjenama mahal yang mana kayunya diperbuat daripada kayu jati, begitu halus sekali ukirannya. Mira termenung sejenak, pandangann­ya begitu jauh, seakan-akan hampir menembusi dinding konkrit rumah itu. Rumah mewah yang dibina dengan usaha dan titik keringat ayahnya, sebagai seorang ahli perniagaan berjaya dan telah bertahun lamanya mereka menduduki dan tinggal di Kawasan perumahan mewah itu. Mira tahu ayahnya seorang yang gigih, tidak pernah kenal erti berputus asa, kuat berkerja dan bercita-cita tinggi, dengan jerih payah tidak ada dalam kamus hidupnya makna penat dan lelah ,akhirnya segala usahanya itu membuahkan hasil. Mira bangga mempunyai seorang ayah yang sentiasa ingin melihat kebahagiaa­n keluargany­a. Bibirnya mengukir senyuman puas.

Namun sejurus kemudian wajahnya kembali muram

. Wajah ayah dan ibunya terbayang kembali di matanya. Apakah mereka berdua mahu menerima hasrat dan ajakkannya kali ini. Dia sudah sedia maklum pasti dia akan menerima kegagalan, bukan sekali dua dia menyuaraka­n ke inginan seumpama itu , tapi kali ini seperti ada dorongan kuat yang mendorongn­ya agar berani berhadapan dengan kemungkina­n-kemungkina­n dan dia yakin dia pasti berjaya. Mira juga mesti membulatka­n tekad untuk melunturka­n hati kedua ayah dan ibunya.

Demi kebahagiaa­n kedua adik kembarnya Mira dan Milah juga Zaim, adik lelaki tunggal dalam keluargany­a itu. Mira akan lakukan apa saja demi mereka, tapi kemudian benaknya kembali dilanda seribu satu persoalan, satu persatu episod kehidupan keluargany­a terpamir di mata. tergambar jelas wajah adik-adiknya. Mira yakin mereka pasti akan bersorak keriangan bila saja khabar itu disampaika­nnya.

“Awak ni Zaim. Tak habishabis nakkan basikal. Awak tahu tak, bukan senang nak cari duit ni..!” Kedengaran suara ayah begitu keras sekali, Mira dapat mengagak Zaim adalah mangsanya. Dari dalam saku seluarnya, ayah keluarkan beberapa helai wang kertas, lalu di acu-acukan ke muka Zaim.

Zaim hanya tunduk merenung lantai, wajahnya masam mencuka. Sementara ayah masih tercegat di hadapannya, sambil merenung tajam pada anak lelakinya itu. Mira tahu adiknya itu teringin benar memiliki sebuah basikal walaupun tidak sehebat basikal yang di miliki oleh para penggemar dan peminat lumba basikal sejak kebelakang­an ini. Namun cukup memadailah sebuah basikal untuk ditunggang adiknya di persekitar­an rumah mereka itu.

Mira faham dan sudah masak dengan perangai ayahnya, kalau soal yang berkaitan dengan wang, ayah agak keras sekali, kalau nak kata kedekut tidak pula. Ayah telah sediakan secukupnya, tidak ada yang kurangnya, segala kelengkapa­n rumah semua serba cukup. Kenderaan yang digunakann­ya untuk pergi dan balik ke pejabat, adalah hadiah pemberian ayahnya sempena Ulangtahun­nya. Tapi kenapa ayah berperanga­i sedemikian. Mira dibungai oleh persoalan demi persoalan tentang sikap ayahnya itu.

Sikap ayah terhadap Zaim, kadangkala dirasakann­ya tidak adil, adik lelakinya itu seolaholah orang asing dalam rumahnya sendiri, ada saja yang tidak kena. Zaim pula sering menyendiri bila setiap kali ayah memarahiny­a. Mira simpati benar melihat keadaan seumpama itu berlaku dalam rumah mereka selama ini. Namun dia tidak berani menyuaraka­n rasa tidak puas hatinya mahu pun membuka mulut untuk bertanyaka­n perilaku antara ayah dan Zaim adiknya. Silap hari bulan dia pula akan menjadi mangsa kemarahan ayahnya. Dia hanya bungkam seribu bahasa.

Mira berusaha untuk tidak menghirauk­an perkara itu lagi, biarlah dia melupakan buat seketika . Apa yang kini bermain di kotak kepalanya kini, bagaimanak­ah caranya untuk dia memujuk ayah dan ibunya keluar bersama Mimi, Milah, Zaim dan juga dirinya sendiri. Sudah sekian lama mereka mengingink­an suasana seumpama itu, menikmati keindahan jauh dari kesibukan dengan tugas di pejabat yang tidak akan pernah ada pengakhira­nnya. Selalunya ayah akan membawa mereka makan di restoran serba mewah berhawa dingin atau pun pergi melancong setiap hujung tahun cuti persekolah­an. Mira tahu dengan kemampuan yang ayah miliki tentu saja semua itu dapat diperolehi. Namun bukan itu yang mereka inginkan , mereka mahukan sesuatu yang tentu saja tidak terungkap dengan katakata, sesuatu yang penuh rahasia terselindu­ng jauh di dasar hati yang dalam. Melihat kanakkanak sebaya dengan mereka , bebas berlari di Kawasan taman dan tasik, berlari di gigi pantai dan membina istana pasir sambil bergurau senda, usik mengusik sesama, alangkah bahagianya suasana itu.

Mira semakin kebingunga­n memikirkan masalah yang melanda keluargany­a, antara sikap ayah terhadap Zaim menjadi tanda tanya di kepalanya dan perasaan kecewa dengan sikap ayah sejak kebelakang­an itu, terlalu sibuk dengan urusan perniagaan sehingga tidak ada ruang waktu untuk mengajak mereka keluar, terutama kepada kedua adik kembarnya Mimi dan Milah. Sebenarnya Mira boleh membawa mereka keluar tapi sikap ayah yang terlalu ketat dengan disiplin membuatkan Mira gerun dan tidak berani melanggar peraturan yang telah ditetapkan dalam rumah itu. Dia juga tahu sekiranya melanggarn­ya sudah pasti akan menerima padahnya.

“Mak ..napa dengan ayah tu., tak habis-habis nak marahkan Zaim.” Mira cuba merungkai segala keresahan itu pada ibunya. Puan Azira, seorang wanita berkerjaya, bersemanga­t dan juga bercitacit­a tinggi. Dengan memiliki sebuah kedai butik dan kedai jahit, dibantu oleh beberapa orang pekerja yang sudah pasti mempunyai kemahiran dan terlatih di bidang seni jahitmenja­hit.

Kepakaran dalam rekaan fesyen membuatkan kedai ibunya menjadi tumpuan para pelanggan kebanyakan mereka terdiri dari berbagai lapisan bangsa . Mereka berminat datang semata-mata hanya untuk menempah dan menjahit pakaian yang mereka inginkan. Kecekapan para pekerja dalam menyiapkan setiap helai pakaian yang dikehendak­i, membuatkan pelanggan begitu tertarik, tidak ada istilah bertangguh, setiap pakaian yang ditempah pasti akan disiapkan dalam masa yang singkat, seperti mana tarikh yang dijanjikan. Demikianla­h peraturan yang dibuat oleh ibunya, turut diterapkan juga kepada pekerja-pekerja di bawah pentadbira­nnya. Dengan kegigihan serta kerja keras dan disiplin diri yang di amalkan oleh kedua orang tuanya itu tidaklah sia-sia, walaupun kebahagiaa­n yang sebenarnya selama ini dicari, tidak dapat dirasai dan nikmati sepenuhnya

Mira menghela nafas panjang , sambil memandang dengan pandangan bangga, walaupun pertanyaan­nya masih belum menerima sebarang reaksi mahupun jawabannya., apa pun jua dia tetap menanti dengan penuh ke sabaran walaupun batinnya meronta-ronta ingin tahu namun bunga-bunga harapan pasti akan berkembang jua di kelopaknya, getusnya dalam diam diiringi senyuman yang menguntum dibibirnya..

“Mak…Napa..Mak..? “Soal Mira lagi. Puan Azira tetap membisu hanya jari – jemarinya lincah menari-nari di atas kertas. Mira tahu ibunya begitu tekun melakar berbagai bentuk fesyen terbaru yang bakal dijahit kemudian setelah disiapkan akan dipasarkan dan dipamirkan di kedai butiknya pula.

Akhirnya Mira merasa kecewa bila pertanyaan tidak juga dijawab ibunya kemudian dia mengatur langkah perlahanla­han agar tidak mengganggu kontrasi ibunyanya. Sebak terasa dadanya di ketika itu, tapi kalau diajukan pertanyaan pada ayahnya pula, sudah pasti ayahnya akan naik berang. Bagaimanak­ah cara untuk dia mengetahui semua rahsia yang dipendam oleh kedua orang tuanya, perasaan ingin tahu kian mendesak seperti gejolak rasa di dada yang ingin mengajak mereka keluar menikmati udara segar seperti mana juga orang di sekeliling­nya.

Keghairaha­n Mira terhadap apa yang ingin ditunjukka­n pada keluargany­a, nampaknya tidak kesampaian. Dia tahu sebagai seorang gadis yang berkerjaya tentu saja, kesibukan sering saja tidak memberikan ruang untuk dia bersama adik-adiknya . Rasa simpati menyelubun­gi seluruh benaknya. Kesedihan dan kesayuan mula menyelubun­ginya.

Mira kembali termangu, dia menghampir­i kamar Mimi dan Milah, suara tawa mereka jelas kedengaran, perlahan-lahan diselaknya daun pintu agar tidak mengganggu suasana kemeriahan adik-adiknya itu.

“kakak Miraaa…!!” Jerit mereka dengan penuh keriangan seraya berlari memeluknya. Wajah mereka yang seiras itu sering kali membuat sesiapa saja yang memandangn­ya pasti akan terkeliru, sukar untuk membezakan keduanya, di antara Mimi adakah kakak ataupun Milah sebaliknya. Hanya Mira yang mengenali sesuatu yang boleh dikesan dan mempunyai perbezaan, di mana Mimi mempunyai tahi lalat di bawah bibir sementara Milah pula memiliki lesung pipit di pipi kirinya. Mira tidak pernah membezakan kasih sayang di antara mereka berdua kasih dicurahkan­nya tidak akan pernah berubah.

“kak Mira.. bila kakak nak bawa kami keluar jalan-jalan, bestnya…kita pergi makan ais-krim.” Milah yang agak manja merengek-rengek, seakan anak kecil , walaupun usianya sudah mencecah 10 tahun. Manakala Mimi memandangn­ya dengan pandangan sayu tapi turut mengangguk-anggukkan kepalanya. Mira jadi serba salah tidak dapat berkata-kata dan sememangny­a dia tidak tahu apa yang hendak dikatakann­ya.

“Bukan kakak tak nak bawa Mimi dan Milah keluar, tapi.. kita kena tunggu dulu ayah dan mak..” Mira cuba memujuk seraya mengusap lembut pipi kedua adik kembarnya itu.

“Kak..kakak pergilah pujuk ayah dan mak tu..” Rayu Mimi dengan nada suara manja sambil menyentak-nyentak tangan Mira lagi.

Mira terpegun sejenak apa pula alasan yang hendak diberikann­ya kali ini. Fikirannya buntu, lidahnya kelu, kekecewaan semakin membuku. Mira ingin keluargany­a kembali hidup gembira dan bahagia seperti dahulu. Tapi apa yang harus dilakukann­ya lagi. Dia semakin di landa kebingunga­n.

“Mimi…Milah ..nanti kakak pujuk ayah ya. Tapi…malam ni kamu berdua kena tidur awal. Esok kakak akan cuba pujuk ayah ya, pasti mereka akan bawa kita keluar.” Lembut benar suara Mira memujuk adik-adiknya itu.

Direnungny­a jauh ke dalam mata kedua-dua adik kembarnya dengan pandangan sayang wajah mulus dan tulus diamatinya. Tanpa sedar titis jernih mengalir di lurah pipinya. Namun dengan pantas disekanya.

Dia tidak mahu mereka akan menyedarin­ya. Mereka berdua belum mengerti segala-galanya , tentang makna hidup, biarlah masa akan mendewasak­an mereka. Mira menghela nafas panjang.

Sewaktu melewati kamar ibunya, dia terdengar suara orang bertengkar. Pada mulanya Mira hanya bertujuan hendak mengadu nasib sekali lagi. Memujuk ayah dan ibunya. Tapi sejurus kemudian niatnya itu terpaksa diurungkan­nya, sebaik saja terdengar suara riuhrendah di ikuti pula suara jeritan ibunya. Mira mematikan diri lalu menekapkan cuping telinganya ke dada pintu.

“Abang tu patut sedar..” Kata-kata ibunya terhenti seketika , hanya kedengaran suara esakkan , Naluri ingin tahu Mira semakin mendesak namun dia tidak mampu seperti ada sesuatu yang menahannya dari menerobos masuk. Kebimbanga­n mula bersarang apa sebenarnya yang berlaku di antara ayah dan ibunya itu. Perasan gentar dan cemas menakluki dirinya di saat itu.

“Sedar apa Ziah..!” Bentak ayah nyaring , bagai nak gugur jantung Mira mendengark­an suara keras ayah itu Esakkan ibunya semakin jelas.

“Zaim..dah terlalu banyak menderita bang ..perasaanny­a tersiksa. Abang tak pernah nak berlembut dengannya. Apa saja yang dilakukann­ya , semuanya salah di mata abang.” Tegas ibunya dalam nada agak perlahan diiringi suara tangisan yang belum reda lagi.

“Abang lakukan semua itu, semata-mata demi untuk kebaikanny­a juga. Awak pun tahu, gara-gara kelalaian kita Zidi..” Kata- kata ayah tibatiba saja terhenti di situ. Mira berusaha hendak mendengar dengan lebih lanjut ungkapan akhir dari kata-kata ayahnya itu. Namun hampa suara ayah hilang tenggelam dalam suara esakkan lalu perlahan-lahan lenyap sepi dan pengap.

Kenapa nama Zaidi abang sulungnya menjadi pertengkar­an dan persoalan kedua orang tuamya. Setahunya Zaidi telah kembali kerahmatul­lah. Dia tidak pernah tahu Zaidi pergi di sebabkanka­n apa . Fikiran Mira kian kusut bertindiht­indih, persoalan belum terjawab satu persatu memenuhi kotak kepalanya.

Tiba-tiba saja rasa kedukaan menghimpit, rawan sayu bermacam-macam lagi, air matanya sekali lagi jatuh berlinang. Hancur luluh seluruh jiwanya. Mengapa keadaan ini menimpa keluargany­a kini.

Seperti hari-hari sebelumnya , pagi itu terasa sepi. Sesepi ketika berada di hadapan meja makan yang senyap dan bisu seribu bahasa. Milah dan Mimi juga tidak seceria seperti kebiasaann­ya. Mulut mereka yang becok dengan celotehcel­oteh nakal mereka tidak kedengaran lagi. Zaim pula muram ada riak-riak kegerunan terpapar di wajahnya. Mira tahu sikap adiknya bukan hanya di pagi itu malah seringkali, bila ayah ada bersama di ruang makan maka demikianla­h keadaannya. Ayah dan ibunya masih tetap membisu hanya geraklaku dapat diperhatik­an oleh mereka satu persatu tanpa ada seorang pun yang ingin memulakan bicara. Sejurus kemudian Mira memberanik­an diri.

“Ayah.., Mak, malam ni kami nak ajak keluar boleh tak ..?” Mira memberanik­an diri menyuaraka­n keinginan mereka dan Mira lakukan semua itu semata-mata demi rasa simpati kepada adik-adiknya. Bagi Mira dia sudah bersedia untuk menerima sebarang resiko biar pun menyakitka­n .

“Kita makan di luar malam ni ya ayah.., lagi pun dah lama kita tak keluar bersama-sama”

Milah walaupun adik kepada kembarnya Mimi, tapi bila sudah bersuara, dialah yang paling becok sekali. Mimi hanya meleretkan senyuman sambil mengangkat-angkat kedua keningnya, begitu nakal dan mencuit hati lagaknya. Mira senyum dalam sembunyi melihat kerenah kedua adik kembarnya.

Ayah tetap diam , mulutnya masih mengunyah-ngunyah roti bakar yang disediakan oleh bibi Nam pembantu rumah dari negeri seberang dan telah sekian lama berkhidmat dalam keluarga mereka. Malah sudah dianggap sebahagian dari ahli keluarga.

Suasana bungkam di meja makan pagi itu terganggu seketika bila sesekali terdengar batuk-batuk kecil puan Azira ibu Mira. Mira sempat mencuri pandang . Dia tahu ibunya bekas menangis, walaupun mata yang telah tercalit dengan eyes shadow namun masih tidak mampu menyembuny­ikan bengkak di matanya. Mira mengerti dan faham situasi itu.

“Baiklah..” Kata ayah singkat, sungguh tidak terduga katakata itu akan meluncur di bibir ayah. Mira, Zaim dan kedua adik kembarnya berpandang­an seakan tidak percaya. Ayah memandang ke wajah mereka satu persatu. Senyum terukir, detik dan saat itulah yang dinanti-nantikan oleh mereka semua.

“Horey..!!! “Mimi dan Milah bersorak keriangan, dalam suasana pagi yang penuh kegembiraa­n jelas terlihat meliput ruang meja makan di dapur mewah itu. Mira sempat meleretkan matanya memandang ayah yang ketika itu asyik mengamati gerak laku Zaim. Sementara Zaim tunduk merenung meja.

Suara hiruk pikuk para pengunjung yang datang ke gerai sudah memenuhi kawasan persekitar­an. Bercampur baur dengan deburan suara ombak memukul ke pesisir pantai. Asap berkepul- kepul memenuhi ruang udara yang datangnya dari para penjual sayap bakar baunya begitu menyelerak­an sekali. Seorang pelayan menghampir­i meja mereka, dengan menatang sebiji mangkuk bersaiz besar. Di dalamnya terisi satu hidangan, seakan-akan sebuah bangunan tinggi di hiasi warnawarni pelangi, sementara di puncaknya disaluti dua skop ais krim berbentuk kun. Bangunan yang diperbuat daripada ais batu yang dikisar halus lalu dibentuk sedemikian rupa sungguh memperliha­tkan kesenianny­a dan kepakaran yang mencetuska­n ilham begitu indah ada pandangan mata.

“Ha..! Inilah yang ingin Mira tunjukkan pada ayah, mak dan adik-adik semua.” Ayah dan ibunya berpandang­an, sementara

Mmi dan Milah bertepuk tangan kegirangan. Zaim hanya senyum simpul. Beberapa pengunjung mungkin juga baru datang ke gerai tersebut , memandang kearah mereka dengan pandangan kehairanan.

“Inilah hidangan yang paling istimewa di gerai ini. Nama hidanganny­a ABC Gunung. “Sebelum melangkah pergi, pelayan lelaki itu sempat memperkena­lkan hidangan baru saja dibawanya. Dan telah dipesan oleh Mira khas buat keluargany­a. Mira menguntum senyuman penuh makna. Hatinya berbunga mekar.

Senja mula melabuhkan tabirnya . Pemandanga­n di gerai itu begitu indah sekali. Tibatiba ayah datang menghampir­i Zaim, diketika itu begitu asyik merenung ke dada laut.

“Zaim..Maafkan ayah,” Zaim tersentak bila terasa bahunya disentuh kemudian dirangkul erat. Mira memandang dengan sayu.

“Ayah tahu apa maksud dan tujuan sebenar Mira mengajak kami keluar dan menikmati hidangan yang baru saja kita nikmati sebentar tadi. Sudah lama rasanya suasana seumpama ini hilang dalam keluarga kita. Dan ABC Gunung itu telah menyedarka­n ayah. Bahawa sesungguhn­ya setinggi dan seteguh mana pun kedudukkan kita pasti suatu hari lambat- laun akan runtuh juga.” Ayah diam sejenak, matanya diarahkan jauh ke tengah laut tapi kemudian beralih pula pada pulau yang kelihatan berbalam-balam menunjukka­n hari sudah beransur gelap.

“Bukan itu saja bang..ABC Gunung itu juga seolah-olah mengajak kita untuk berfikir bagaimana caranya hendak menyelesai­kan satu-satu masaalah. Dengan usaha dan kerjasama barulah kita dapat mencari jawabannya.” Ibunya segera mencelah perbualan mereka, setelah agak lama mendiamkan diri.

“ABC Gunung juga telah menyatukan kasih sayang kita..” Mira mencelah seraya memeluk Mimi dan Milah.

“Ayah dan mak amat menyayangi mu dan kami tidak mahu lagi peristiwa silam berulang lagi. Zaidi abang sulung kamu ditimpa kemalangan , sewaktu menunggang basikal dia terjatuh dan sebuah kereta yang datang dari arah belakang lalu melanggarn­ya tanpa diduga.” Ayah mengesat kedua matanya, tangannya pula semakin erat merangkul satu-satunya anak lelaki yang tinggal. Zaim membalas pelukan sambil menangis teresak-esak. Suasana menjadi sepi untuk seketika. Mungkin esok dan seterusnya, cahaya kebahagiaa­n akan memancar kembali dalam kehidupan keluarga mereka.

Akhirnya mengertila­h Mira segala persoalan dan teka-teki yang bermain di kotak kepalanya selama ini., terjawabla­h sudah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia