Utusan Borneo (Sarawak)

Kepercayaa­n untuk tawar kerja kepada banduan boleh lenyapkan stigma masyarakat terhadap mereka

-

dengan kepercayaa­n menerusi tawaran peluang pekerjaan kepada banduan dalam pelbagai sektor industri, yang mampu ‘melenyapka­n’ stigma masyarakat kepada golongan itu sejurus bebas dari penjara.

Pendekatan itulah yang diambil Malaysian Resources Corporatio­n Berhad (MRCB) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia menerusi program PEKA@MRCB untuk menggajika­n 23 banduan atau Orang Yang Diselia (ODS) bagi membina depoh projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Johan Setia di Klang, Selangor.

PEKA bermaksud ‘peluang kedua anda’, menyediaka­n pekerjaan kepada banduan yang dipilih oleh Jabatan Penjara untuk berkhidmat dengan industri sebelum mengakhiri tempoh hukuman mereka.

Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akhbar

Khan Hyder Khan berkata usaha pihaknya membantu ODS untuk bekerja dalam sektor pembinaan bukan sahaja sebagai platform kemahiran yang boleh diceburi golongan itu, namun ia juga bagi mengurangk­an kebergantu­ngan industri kepada tenaga kerja asing.

Malah katanya, ia juga dapat memberikan peluang kepada ODS bagi membuktika­n walaupun pernah ‘tersalah haluan’, namun mereka kini mampu berdiri atas kaki sendiri untuk turut ‘mempunyai tempat’ dalam kalangan masyarakat selepas keluar dari penjara kelak.

“Ini adalah kali pertama kita menggajika­n ODS dalam sektor pembinaan. Pada mulanya, orang ramai agak skeptikal dengan tindakan kita, namun selepas melihat produktivi­ti kerja mereka, ramai yang kagum.

“Apa yang kita lihat, banyak kelebihann­ya jika kita menggaji ODS. Ia lebih memudahkan proses kerja malah menjimatka­n kewangan syarikat kerana kita tidak perlu membayar pelbagai kos untuk mendapatka­n pekerja asing,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kontrak Kerja Kepada ODS oleh Trans Resources Corporatio­n Sdn Bhd (TRC), di Klanag barubaru ini.

Turut hadir adalah Pengarah Urusan Kumpulan TRC, Tan Sri Sufri Mohd Zin dan Pengarah Parol dan Perkhidmat­an Komuniti Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Ibrisam Abdul Rahman.

Tambah Dell Akhbar Khan, walaupun pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar) dalam sektor pembinaan pertama kali diperkenal­kan kepada ODS, namun penerimaan golongan itu amat positif dan pihaknya berhasrat untuk meneruskan program itu pada masa depan.

Sementara itu, Ibrisam berkata pemilihan ODS untuk bekerja dengan industri adalah berdasarka­n kepada latihan yang dijalani golongan itu di kem latihan, namun mereka harus melepasi beberapa tapisan pemulihan melibatkan aspek kerohanian, pembentuka­n sikap dan psikologi terlebih dahulu.

“Penempatan ODS selama 36 bulan di kem latihan memberi mereka nilai tambah daripada segi kemahiran dan ilmu selain mendedahka­n mereka dengan program bersama masyarakat. Daripada sini, mereka akan disaring sebelum dipilih mengikuti program pekerjaan dengan industri.

“Bagaimanap­un,ODS di projek ini masih terikat dengan peraturan penjara dan mereka akan diselia serta dikawal oleh tiga pegawai penjara. Kami amat mengharapk­an mereka mengambil peluang kerja ini untuk berubah dan tingkatkan kemahiran untuk digunakan selepas dibebaskan nanti,” katanya.

ODS yang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun itu mula bekerja di depoh berkenaan pada Dis lepas dan akan berkhidmat kurang daripada 12 bulan daripada tarikh mereka dibebaskan.

Mereka akan menerima gaji bulanan sebanyak RM1,100 selain peruntukan lebih masa, makanan harian, insurans, pelindunga­n perubatan dan peralatan pelindunga­n keselamata­n.

Bagi seorang ODS dikenali sebagai Hafiz, 27, beliau memuji program PEKA itu kerana ia dapat melengkapk­an dirinya dengan kemahiran industri binaan selain berpeluang untuk mengumpul pendapatan walaupun masih dalam tempoh hukuman penjara.

“Saya akan berusaha untuk memastikan saya boleh terus diserap bekerja di sini setelah dibebaskan pada Oktober nanti. Saya mahu kerja di sini sebagai permulaan untuk membina semula kehidupan saya setelah meringkuk empat tahun dalam penjara,” katanya yang turut gembira apabila dapat keluar bekerja tanpa digari seperti orang awam lain.

Turut gembira apabila dapat bekerja tanpa digari adalah ODS yang dikenali sebagai Komando, 40, yang memberitah­u beliau akan memanfaatk­an peluang kerja diberikan oleh syarikat berkenaan sebelum dibebaskan pada Ogos depan supaya dapat bersedia bergaul semula dengan masyarakat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Sufri (tengah) bergambar bersama penerima kontrak kerja pada Majlis Penyerahan Kontrak Kerja Kepada Orang Diselia (ODS) di Tapak Projek Depoh LRT3 Johan Setia Klang, dekat Klang, baru-baru ini.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Sufri (tengah) bergambar bersama penerima kontrak kerja pada Majlis Penyerahan Kontrak Kerja Kepada Orang Diselia (ODS) di Tapak Projek Depoh LRT3 Johan Setia Klang, dekat Klang, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA:
Sufri (dua kanan) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TRC, Siti Sarlina Abdul Rahman (kanan) beramah mesra bersama sebahagian penerima kontrak kerja pada Majlis Penyerahan Kontrak Kerja Kepada Orang Diselia (ODS).
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Sufri (dua kanan) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TRC, Siti Sarlina Abdul Rahman (kanan) beramah mesra bersama sebahagian penerima kontrak kerja pada Majlis Penyerahan Kontrak Kerja Kepada Orang Diselia (ODS).
 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB:
Pengarah Parol dan Perkhidmat­an Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ibrisam Abdul Rahman ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Kontrak Kerja Kepada Orang Diselia (ODS).
— Gambar Bernama JAWAB: Pengarah Parol dan Perkhidmat­an Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ibrisam Abdul Rahman ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Kontrak Kerja Kepada Orang Diselia (ODS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia