Utusan Borneo (Sarawak)

TERUSKAN LATIHAN DI RUMAH: PHOONG

Jurulatih pantau menerusi ‘video talk’, tiada atlet SUKMA Sabah positif COVID-19 atau dikuaranti­n

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Tiada atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah dilaporkan positif COVID-19 atau dikuaranti­n setakat ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe berkata, semua atlet telah diarahkan menjalani latihan di rumah masing-masing berpanduka­n program latihan yang disediakan jurulatih.

Arahan menjalani latihan di rumah masing-masing itu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan berkuatkua­sa 18 Mac hingga 31 Mac.

Sebagai makluman, kelmarin, kerajaan telah mengumumka­n tempoh PKP itu dilanjutka­n sehingga 14 April.

“Nasihat saya kepada semua atlet Sabah, teruskan latihan di rumah, disiplinka­n diri untuk teruskan latihan yang telah diberikan oleh jurulatih masing-masing dalam tempoh PKP ini,” kata Phoong dalam kenyataann­ya, di sini kelmarin.

Katanya, jurulatih boleh memantau atlet menerusi ‘video talk’ bagi memastikan mereka menjalanka­n latihan seperti yang diminta.

Phoong berkata, kementeria­nnya tidak menggalakk­an penyertaan pasukan atau atlet ke kejohanan atau latihan di luar negara apabila COVID19 mula menular awal tahun ini.

“Semua latihan atau penyertaan kejohanan ke China adalah tidak dibenarkan. Pasukan yang telah menjalanka­n latihan atau penyertaan kejohanan di luar negara telah dinasihatk­an untuk kuarantink­an diri di rumah selama 14 hari,” katanya.

Menurutnya, wabak COVID-19 telah menjejaska­n persiapan pasukan terutama yang telah merancang menjalani latihan atau menyertai kejohanan di luar negara.

“Kejohanan peringkat antarabang­sa dapat membantu atlet atau pasukan meningkatk­an pengalaman dan memperbaik­i kelemahan yang mungkin tidak kelihatan semasa latihan atau kejohanan peringkat kebangsaan.

“Bagaimanap­un kita terpaksa akur tidak dapat melaksanak­an ini (menyertai kejohanan atau menjalani latihan di luar negara) buat masa ini ekoran wabak COVID-19 dan ini tentunya menjejaska­n persiapan kita. Apapun, semua pasukan negeri lain juga menghadapi masalah sama,” katanya.

Phoong berkata, pihaknya telah mensasarka­n penyertaan 350 hingga 400 atlet ke SUKMA 2020 Johor yang dijadualka­n berlangsun­g pada Julai jika tidak ada perubahan ekoran wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

“Sekiranya atlet tidak mencapai tahap prestasi yang sepatutnya, kami akan menilai semula jumlah penyertaan ke SUKMA tersebut,” kata Phoong.

 ??  ??
 ??  ?? PHOONG
PHOONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia