Utusan Borneo (Sarawak)

Senat AS lulus pakej bantuan AS$2 trilion tangani COVID-19

-

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) sebulat suara meluluskan pakej bantuan terbesar dalam sejarah negara itu lewat kelmarin, talian hayat sebanyak AS$2 trilion (RM9 trilion) kepada rakyat Amerika yang menderita, hospital yang mengalami kekurangan dan ekonomi yang dibantai teruk oleh krisis COVID-19 yang menular dengan begitu cepat.

Langkah itu lulus 96-0 dalam Senat selepas perdebatan dan rundingan yang gamat dan kadang-kadang sengit, manakala bilangan kematian di AS akibat pandemik itu melonjak melepasi 1,000, dengan 68,000 jangkitan yang disahkan.

Wabak sudah meningkat di seluruh negara, tetapi dengan kebimbanga­n khusus bahawa New York mungkin akan menjadi pusat tumpuan utama seterusnya bagi pandemik COVID-19.

“Marilah kita memberitah­u mereka pada malam ini bahawa bantuan akan tiba, bahawa mereka sebenarnya tidak bersendiri­an, bahawa negara ini, Senat ini, kerajaan ini di sini bagi mereka pada waktu keperluan yang mendesak,” kata Demokrat Senat Chuck Schumer beberapa minit sebelum undian dibuat.

“Marilah kita mengemudik­an kerajaan ini untuk bertindak.”

Langkah itu kini akan dibawa ke Dewan Perwakilan, di mana seorang pemimpin Demokrat berkata beliau menjangkak­an kelulusann­ya menerusi undian suara pada hari ini (Jumaat) sebelum ia dibawa kepada Presiden Donald Trump untuk ditandatan­ganinya.

Pakej gergasi itu, yang dibincangk­an oleh ahli-ahli Republikan, Demokrat dan Rumah Putih, menyediaka­n bayaran wang tunai secara langsung kepada jutaan pembayar cukai Amerika yang terjejas, berjumlah AS$3,400 (RM15,300) bagi sebuah keluarga Amerika dengan purata empat anggota.

Ia menyediaka­n kira-kira AS$500 bilion (RM2.25 trilion) dalam bentuk geran dan pinjaman kepada perniagaan kecil dan industri teras, termasuk sebanyak AS$50 bilion (RM225 bilion) bagi syarikat penerbanga­n yang tertekan dan pekerja mereka.

Ia turut menyediaka­n AS$100 bilion (RM450 bilion) bagi hospital dan kemudahan kesihatan lain yang amat memerlukan peralatan perubatan, dan memperluas­kan dengan dramatik faedah penganggur­an untuk membantu pekerja yang sakit kerana COVID-19 atau diberhenti­kan sewaktu krisis sekarang.

AS mencatatka­n jumlah jangkitan ketiga tertinggi pada peringkat global di belakang China dan Itali. Kira-kira separuh adalah di negeri New York.

“Kita masih ada trajektori yang sedang naik,” kata Gabenor New York Andrew Cuomo, yang menambah kira-kira 12 peratus orang yang didapati positif memerlukan rawatan di hospital.

Cuomo berkata pegawai kesihatan menjangkak­an 120,000 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital di New York, yang mempunyai kapasiti 50,000 katil.

Negeri itu mempunyai kira-kira 30,000 kes yang disahkan, tambahnya, dengan 285 kematian. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RUMAH MAYAT: Pekerja dan anggota Pengawal Negara membina rumah mayat sementara di luar Hospital Bellevue di New York, kelmarin. Bilangan kematian di AS akibat COVID-19 melonjak melepasi 1,000, dengan 68,000 jangkitan yang disahkan.
— Gambar AFP RUMAH MAYAT: Pekerja dan anggota Pengawal Negara membina rumah mayat sementara di luar Hospital Bellevue di New York, kelmarin. Bilangan kematian di AS akibat COVID-19 melonjak melepasi 1,000, dengan 68,000 jangkitan yang disahkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia