Utusan Borneo (Sarawak)

PEMATUHAN PKP DI MIRI CECAH 95 PERATUS

-

MIRI: Pematuhan penduduk di sini terhadap

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 95 peratus sejak mula dilaksanak­an pada 18 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, hasil kerjasama bersepadu dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Relawan Malaysia (RELA) dan pihak berkuasa tempatan membolehka­n kesesakan di bandar raya ini semakin berkuranga­n dan jalan raya semakin lengang dengan kadar pematuhan tinggi.

“Saya boleh katakan penduduk di sini telah 95 peratus patuh pada PKP dan hanya sedikit masih tidak patuh pada arahan, malah setiap hari kenderaan juga semakin berkuranga­n.

“Kenderaan yang keluar juga hanya jika ada urusan penting atau bekerja dengan menunjukka­n surat pelepasan perjalanan,” katanya ketika ditemu bual Utusan Borneo di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, semalam.

Dalam pada itu, Lim menasihatk­an orang awam untuk kekal patuh pada PKP dan hanya duduk di rumah.

“Orang awam diminta untuk patuhi arahan duduk rumah, ‘stay at home.’

“Bagi kenderaan yang keluar itu jangan cuba untuk memberikan alasan menipu dan tidak munasabah.

“Tempoh kita memberi nasihat sudah berlalu, polis tidak teragak-agak ambil tindakan dengan menangkap mereka yang memberikan alasan tidak munasabah ketika keluar merayau,” tegas beliau.

Sementara itu, Lim mendedahka­n antara alasan yang sering kali polis terima daripada pengguna jalan raya adalah untuk ke bank, membeli keperluan makanan serta membeli makanan haiwan peliharaan.

Enam lokasi sekatan jalan raya di daerah Miri ialah di bulatan Pujut 4, Jalan Luak, bulatan Jalan Miri-Bintulu berdekatan Hotel Telang Usan, Jalan Datuk Edward Jeli, Bekenu dan Niah.

 ??  ?? LIM
PEMANTAUAN: Polis menjalanka­n sekatan jalan raya di bulatan Pujut 4.
LIM PEMANTAUAN: Polis menjalanka­n sekatan jalan raya di bulatan Pujut 4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia