Utusan Borneo (Sarawak)

28 INDIVIDU DITANGKAP DI SELURUH NEGERI KERANA LANGGAR PKP

-

KUCHING: Seramai 28 orang ditangkap di seluruh negeri kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam operasi dari jam 12 tengah malam kelmarin hingga 8 pagi semalam.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, 24 daripada yang ditangkap adalah lelaki dan empat lagi wanita.

Menurutnya, mereka yang ditahan adalah sembilan di Miri, Dalat (7), Sarikei (4), Kota Samarahan (2), Lawas (2), Bintulu (2), Kuching (1) dan Padawan (1).

“Hasil siasatan mendapati

26 yang ditangkap tidak dapat memberi alasan yang munasabah untuk berada di jalan raya atau tempat awam.

“Manakala dua lagi ditangkap di Batu Niah kerana merempuh sekatan jalan raya,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dev berkata, 26 yang ditangkap kerana tiada alasan munasabah itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis setelah percakapan mereka dirakam.

“Manakala dua lagi yang merempuh sekatan jalan raya ditahan di lokap polis untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Dev turut memberitah­u, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau keduadua sekali.

“Selain itu, siasatan juga dijalankan di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit yang memperuntu­kkan hukuman denda

RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada orang ramai agar mematuhi PKP yang dikuatkuas­akan sehingga 14 April depan.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap mana-mana individu yang tidak dapat memberi alasan munasabah ketika ditahan di sekatan jalan raya atau semasa pemeriksaa­n mengejut,” tegasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia